Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Friday, November 19

Sebelum Hujung Minggu

Salam...

Sengaja mahu menghabiskan masa yg tinggal beberapa minit je lagi ni nak balik umah. Mau jumpa itu budak bulat kesayangan saya. Itu budak memang bulat pasal banyak kuat makan. Apa2 aja yg kami sumbat mmg semuanya die telan. Huh blh tahan tahap tong sampah gak la ni, tp cian lak minggu lepas kene cirit birit 2 hari. So baik hati2 kalo nak bagi sebarang makanan pun.

Plan baik punya untuk sepanjang hujung minggu ni ialah nak lepak je kat umah. Huauahahaha....apa kes kan? ok la tu. Nak kemas bhagian dapur umah lak, rasa cam pinggan yg tak pakai periuk ngan kuali yg tak guna tu patut disimpan maupun dibuang.... (eh buang! cam sayang je la kan tp tgok pada condition brg dulu la tak nak la main buang gitu je).

Banyak kerja blh buat kalo dok umah, pling best blh tido... (tp maybe tak pat pasal time zikri tido la aku kene berkejar nak buat segala kerja di rumah. Nak siapkan masak serunding daging yg dah selamat aku rebus semalam tinggal nak siat2 dan nak masakkan je. Esok pg blh la mintak dear carikan bahan nya tak pun kalo dear tak nak aku pun blh kuar jalan2 ngan Zikri. Makanya lambat la jadinya serunding daging ku itu.

Mujur minggu ni tak de jemputan kawen2 ni kalo tak penat gak, ye la blk umah mmg la dah kenyang tp umah serabut tu yg penat tu. Tau2 je la anak kecil lagi ni kan, brg2 tak leh nak letak suka2 je. Tambah2 lak pape je yg zikri dpt pasti masuk mulut. Adoiiiiii kuman tu sayang!!!

Ok la, masa untuk kembali kerumah setelah seharian berhempas pulas mengerjakan tender yg tak siap2 juga. Pening kepala, layan asam jeruk maupun makan coklat blm dpt hilangkan penat kerja hari ni. Tinggal nak tgok Zikri pasti penat ku ini hilang sekelip mata. Selamat berhujung minggu semua... :)

Thursday, November 18

Salam AIdiladha

Salam...

Alhamdulillah semalam sempat merayakan Aidiladha bersama suami terinta & anak tersayang buat kali pertama bertiga. Sambutan yg tak berapa meriah di rumah MIL, dengan kehadiran aku, ipar duai yg ada la 2 3 kerat je. Geng2 akak ipar semua blm balik umah MIL kecuali ptg pas zuhur beransur2 ramai dan meriah umah MIL.

Menu utama dan kebiasaan kat umah MIL, of coz la nasi impit, kuah kacang, ayam mask kicap tp MIL masak rendang plak semalam. Tukar selera katanya, ok jugak la pasal last time aku yg try masak sblm blk kg. Tp la ni kene masak gak pasal akak ipar sorang pun blm sampai. Alhamdulillah ada jgk yg puji masakan sayur lodeh aku sedap...hahahhaha cam nak ketawa je tp ok la kan, kurang2 nya ada gak org nak puji.

Pg tu dear sempat gak la tolong org kg melapah daging korban, act ni mmg aktiviti wajib dear kalo kat sini. Kalo kat kg aku mmg dear blur la nak tolong. Bukan kg die kan...of coz la zero idea. Dear bw blk tulang ngan sebungkus daging. Masakkan sup tulang untuk dear, nyummmmm aku pun join sekali ok.

Kami blk umah kul 4 ptg, tu pun dng Zikri yg meragam pasal tak cukup tido. Ni yg geram sket ngan budak ni, pantang dgr ramai org mula la die tak nak tido lena. Sabar je la, kene plak ngan tak sehat bdn kot pasal asyik poo poo je 1 hr tu. Padahal pg2 dah kuar byak sampaikan kene bj melayu merahnya tu.

Blik umah mandikan, pas tu terus tido masuk buai lg. Hmmmm mmg lena sampai ke mlm pas isyak! hua ciannya pasal aku kejutkan gak pasal kot2 lapo ke, bg makan sket....bg susu then masuk blk terus kami 2 2 tido... hahahha pantang tul kalo tidokan anak maknya mesti tido skali.

(pic zikri ngan baju melayu merah nanti aku upload skrg ni blm sempt lg nak upload. Kat office kan, ada memacam keje nak buat tak pun msti bos akan kaconya la. Act pic nya zikri pakai baju merah n ayah lak pakai baju kuning! mmg dasar anak selangor la ni)

Saturday, November 13

Takziah!

Salam...

Wah dah masuk hari Sabtu, semalam Jumaat lepak je kat umah pasal dear kata jgn dtg kerja...wakakakaka...tak la, pasal akak ipar punya pak mertua meninggal. So dear kata dear nak pg jenguk umah arwah, awal2 pg kul 4 pg la kot rasanya dear gerak. Plan nak cuti pasal dear kata takut terbalik lmbat plus lg 1 tkut MIL nak pergi jenguk so derang tak de kereta. Kereta yg ada semua nak guna, huhu...Tu yg relakan aja la dok umah. Nak pergi join dear pg2 tu tak de maknanya, nak pergi mlm plak dear kata tak pe la nanti Zikri meragam lg teruk baik tak yah pergi.

Dok umah tido je, bila Zikri bangun aku pun bangun la. Padahal dlm hati terlintas jugak nak g pasar nak cari bahan nak masak serunding daging. Adoiyaiiiii kemalasan dah melanda kan terima aja la ngan redha... :p
Sempat la kemas2 kan umah, dah ni kerja wajib kalo time cuti tak pun bila dok umah. Terpaksa la ptg ni jalan2 g kedai jap jenguk2 kot2 ada daging ke, pasal semalam nak ajak dear g pasar mlm blh dpt daging fresh tp tak de rezeki la kot pasal dear nak g umah kenduri tahlil pas maghrib, makan malam pun tak sempat. Maka aku nak makan sorang2 mlm2 tu tak de maknanya la. Baik layan tido ngan Zikri lg best.

Ok plan hujung minggu ni kalo diizinkan nak buat serunding daging ngan tart telur...wah!!! lama sgt tak buat 2 barang ni. Mlm plak nak masak pe? heheehe tak yah susah2 pasal lauk mlm td ada lagi.... tinggal sayur je blm cari. Blh la pas ni singgah kat Giant cari brg la...

Ok la nak start kerja, tp mls ni pasal rini bos jrg2 masuk dah tu kene plak ari ni kene blk kul 12 tepat pasal de sorang bos kawen ari ni. Wah bnyaknye la ari ni..... Ok chaiyok kerja kerja!!!

Thursday, November 11

Isteri-isteri Sentiasa Dara

Salam hari Khamis semua...
Weeee pepagi lagi dah gatal nak update blog. Ni pasal tgh tak de kerja la ni, bukan apa kang kalo bos dah start masuk habis la. Tgok2 kat FB td, nampak yg menarik lak....hehehehe
Petua isteri sentiasa dara!!! wow tajuk mmg superb kan? Kawan2 FB lain mesti dah tau tpi gigih gak nak share2 ni.
Masa blk kg minggu lepas mak siap pesan lak, amalkan baca surah AL-Waqiah ni pasal banyak kelebihannya.... bila di tanya apa? of coz mak kata amalkan & kemudian baru tau. Adoi la kene aku blk. Now dah tau sket la kelebihannya... tp kalo tak silap surah ni mmg banyak kelebihan. Pendek kata la kan, mana2 surah pun ada kelebihan masing2. Terpulang pada diri sendiri je nak amalkan ke tidak kan?.... (termasuk la aku ni) :p
Ok ni yg sempat aku salin dr FB. Jom sesama mulakan mengamalkan nya...kot2 salah satu dr kelebhan surah ni blh buat kita jd kaya ke... :)
ISTERI-ISTERI SENTIASA DARA

PETUA DARI Dr. Fatimah Az-Zahra

Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah.

('Abqaro' ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.

Caranya: Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.

Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:

(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,

56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),

(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,

(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.

Lanjutkan kepada kaum ibu dan isteri tuan2 semoga ada manafaatnya.

Wednesday, November 10

Balik Kampung (5/11 - 7/11)

Salam….

Hari rabu yg bosan! Kenapa? Pasal aku dok sorang2 je kat sini sejak isnin lagi…hua member kerja dok umah 2 minggu pasl anaknya 2 org kene demam campak, mjur skaligus kalo asing2 maunya sebln gaji tak de la jwbnya…hoho. Mau makan apa ek kalo gitu? Hahahaha…

Minggu lepas dpt jugak aku jejak kaki kat kg lg, setelah kali terakhir blk time raya pose tu je la. Syok! Huh mmg syok psal raya haji nanti tak pat blk coz cume cuti sehari je…hua ni yg nak guling2 ni… :p

Blk kg hari khamis malam jumaat, kuar umah pun dah kul 9 lbh, dah la blm mkn pasal dear kata nak mkn kat luar…last2 Zikri tido kami terpaksa tapau je la, makan kat kete..sedih tul! Tu pun sempat singgah kat R&R Rawang. Sampai kg dkt kul 2 pg jugak tp mak hepi pasal dpt jumpa cucu la katakan.

Pg jumaat tak de wat pe, ptg lepak umah yang kat Seri Iskandar. Mak buat jemput2 pisang, akak ipar masak megi. Huh masak megi je?bkn megi rendam tau, tp siap ada syur, bwang ngan telur bagai la. Zikri time ni kat mana? Mesti la die tido, kalo tidak mau nak berkepit je.

Malam tu kene tido awal pasal sabtu kami dah plan nak g jenguk yana (kawan poli) kawen di Bagan Serai. Kuar umah kul 9.30pg sampai umah pengantin kul 12.00 tghari. Tu pun singgah jap nak bagi zikri susu. Dpt jumpa pengantin tp tak lama pasal lama tunggu pengantin je, dngn zikri yg dah mula mngantuk terpksa la kami gerak awal.


Pic Fad n husband yg sempat aku amik sambil2 jalan nak blk kete.

Dalam kete Zikri dah start mengantuk tp tunggu ayah buatkan susu dulu.

Blk tu sempat singgah kuala sepetang, tempat jual mee udang yg besar2. Huhuuhuh puas ok. Kene plak meenya besar2 segar plak lg…tp seat mmg penuh la time tu, nak rezeki dpt kat area tepi so blh la sambil mkn sambil g tgok zikri tido (stroller tak bawa blk kg) hahaha tak de maknanya zikri nak tido sambil pangku, pasal time aku pangku pas susukan meronta-ronta nak lepas tu. Tp bila letak je kat tilam terus ngntuk dan tido…wah…ini anak mau mama dok depan ke? Tak pat la mama jadi mem besar lg…hahahah
Gambar menu, gambar mee udang tak sempat dah pasal hati tak tenteram Zikri tido dlm kete sorang2.
Sampai umah kul 7 gak la, pasal cuaca ujan sepanjang jalan kami blk umah mak. Dear ajak ikut jln dlm ingatkan sesat tp Alhamdulillah kami selamat sampai dan jimat duit tol yg tak sampai RM10.00 hr tu. Hahhaha…

Ahadnya mak ngan aku dah mula siap2 apa yg patut nak bawa blk klang. Aku of coz la makanan…hahahaha…mak bekalkan kek pisang, buah pisang, buah mangga, anak kunyit, anak kari la ni untuk aku tanam kat blkg umah. Dah pun selamat dear tanam ptg isnin tu jugak. Skrg tunggu hasilnya je, hrp2 tuan umah tak mrh la kami tanam ni semua.

Zikri ngan ayah g padang kerbau pagi ahad lepas ayah g beli paper.
Gerak dr kg kul 6 psal singgah umah nenek aku jap, tp zikri sempat gak la nak tinggalkan kenangan kat umah moyangnya..so lewat sket la kami sampai ingatkan pasl lewat gerak tp rupa-rupanya jem ok. Lastnya dear amik jln lain dan kami sampai umah kul 10.30 mlm. Wah….sakan kan berjalan kalo blk kg ni padahal byak masa dok umah makan je. Hehehehe..