Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Thursday, December 27

Persiapan Persekolahan

Assalamualaikum...

Lama dah nak tulis senarai keperluan untuk persiapan anak ke tahun 1, insyaallah 2 tahun lagi Amsyar pula. Jadi rasa rugi pula sebab tak buat senarai wajib sebagai rujukan untuk akan datang. Amsyar dan Aisyah, jadi akan lalui 2x lagi.  Anak akan datang insyaallah kalau Allah nak bagi kami terima tapi ikutkan rasa macam dah cukup la 4 orang ni. 

Ok ini permulaan untuk semua urusan, pendaftaran sangat penting sebab kalau tak daftar macam mana nak sekolah kan. 

Pendaftaran  
Sejak beberapa tahun lepas kita dikehendaki mendaftar secara online. Kebiasaan waktu pendaftaran dibuka pada bulan March setiap tahun. Website nya aku lupa nanti update lagi ye. 

Masa daftar perlu sediakan beberapa maklumat penting anak seperti jadual imunisasi. Seeloknya nak daftar siapkan surat beranak dan buku rekod yang dapat dari hospital untuk mudahkan rujukan. 

Sekolah pun kita kena pilih ikut suka hati la kan, rasa nak sekolah dekat ke jauh ke terpulang pada individu ye. Aku pilih yang dekat sebab setakat ni Alhamdulillah sekolah ni masih lagi ok dan sesuai dengan anak-anak. Kalau jauh pun nak buat apa menyusahkan diri.  Lagipun nanti pihak PPD yang akan tentukan sekolah mana yang anak kita dapat. 

Bila dah daftar tunggu hingga bulan julai untuk pengesahan sama ada diterima disekolah yang dipilih atau tidak. Jika nak buat rayuan pertukaran masa ni boleh buat. Keputusan ni secara dalam talian. Jadi untuk pengesahan kita setuju sekolah yang dipilih boleh print dan bawa sijil dan dokumen yang dinyatakan ke pejabat sekolah. 

Pada yang tak ada masalah boleh printkan segala surat dan siapkan lampiran yang dikehendaki.  Contohnya, surat beranak, mykids anak, mykad emak dan ayah dan slip gaji emak ayah. Sekolah Amar dan Ashraf minta sediakan sampul beralamat sendiri dan setem rm 0.50. Semua ni perlu dihantar ke pejabat sekolah sebelum bulan oktober. Sebab sekolah pun perlukan masa untuk proses semua borang. 

Insyaallah dalam bulan November akan terima surat dari sekolah untuk maklumkan tarikh orientasi dan juga maklumat pembelian buku latihan.  Biasanya buku latihan boleh dibeli mulai minggu terakhir November hingga sekolah dibuka. Senarai pun ada di sediakan cuma bawa duit je. 

Selesai bahagian pendaftaran, baru kita bole mula ke bahagian persiapan barang kelengkapan sekolah. Ikutkan aku bila dah dapat surat pengesahan tu dan selesai urusan dengan pejabat sekolah aku dah mula buat persiapan. 

Selesai untuk sekolah kebangsaan sekarang untuk sekolah agama pula.  Pendaftaran sekolah agama dibuat selepas pengesahan pendaftaran sekolah kebangsaan. Ini untuk kawasan aku ye, lain kawasan atau sekolah mungkin lain caranya. Pergi ke pejabat sekolah agama bawa surat beranak anak yang asal dan salinan, salinan mykad emak dan ayah. Kalau boleh bawa lebih untuk elakkan untuk ulang alik datang lagi ye. Kalau nak lagi senang talifon sekolah tu sebelum pergi lagi mudah. 

Urusan daftar sekolah agama mudah juga, daftar setelah sah mendapat tempat di sekolah untuk tentukan sesi pagi atau petang. Di sini untuk tahap 1 sesi pagi.  Pihak sekolah akan beritahu bila perlu datang untuk membuat pengesahan selepas di proses semua borang dan sijil.

Orientasi tiada dan terus bersekolah macam biasa.  Kalau pihak sekolah ada buat biasanya akan diberitahu. Setakat ni sekolah tempat aku tak buat orientasi.

Selesai urusan pendaftaran kita boleh mula sediakan wang untuk membeli pakaian dan peralatan yang diperlukan.

1. Pakaian
- 3 pasang baju dan seluar untuk sekolah kebangsaan, 3 pasang baju melayu untuk sekolah agama
- songkok dan sampin untuk sekolah agama
- 2 helai seluar sukan dan baju t warna putih.  Seluar ada sesetengah sekolah perlu beli disekolah .
- untuk pelajar perempuan boleh lah sediakan tudung,singlet dan seluar legging.
- stokin secukupnya, setakat ni anak aku 1 hari guna 2 pasang jadi siapkan seorang 6 pasang pun dah lebih dari cukup.
- kasut tu terpulang, ada budget lebih bolehlah beli 2 atau lebih.  Ada juga yang beli 1 pertengahan sekolah nanti beli lagi 1. Terpulang pada hak masing-masing

2. Beg dan alat tulis
- 2 beg untuk 2 sekolah. Beg sekolah agama aku beli yang murah je. Tak pun pakai semula beg sekolah tadika dulu.
- alat tulis memang aku beli lebih dan simpan siap-siap kat rumah. Senang bila anak-anak nak guna tak perlu beli lagi.

3. Buku
- buku latihan boleh dibeli di kedai buku sekolah, buku latihan sekolah agama cikgu akan edarkan bila dah mula sekolah.
- buku latihan tambahan, ini terpulang pada guru kelas akan datang.  Kalau nak beli sendiri pun boleh untuk beri latihan pada anak-anak.

Ok setakat ni je yang aku ingat, nanti kalau ada tambahan aku akan update lagi. Apa-apa pun selamat menghadapi musim baru persekolahan 2019.

No comments: