Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Thursday, June 16

Rombongan ke Petrosains 6 Tahun-Amar

Assalam...

Cikgu sekolah Amar anjurkan lawatan ke Petrosains, kami masukkan nama dia juga biar dia merasa berjalan dengan kawan-kawan. Keluar rumah seawal 7.30 pagi, tapi bas gerak hampir 8.00 pagi maklum saja ada yang lewat.
















































Ada banyak gambar yang cikgu share dalam group wasap, ha..nampak Amar jelas dalam pic yang last je. Cikgu bagi makan dan juga hadiah dari Petrosains, key chain je. Aku simpan kalau bagi Amar mesti cepat rosak.

Banyak cerita yang Amar sampaikan bila aku ambil dia kat rumah MIL. Alhamdulillah seronok dia dapat ikut.

Wednesday, June 15

Sukan Pasti 2016

Assalam...

Kisah beberapa bulan lepas, anak-anak ada sukan pasti. Cikgu beritahu sukan dijalankan agak jauh dari kawasan kami. Kiranya perlu keluar dari Jalan Kebun. Aku awal-awal minta dear join sama sebab tak terkejar dengan Amsyar lagi.

Alhamdulillah dear tak ada apa rancangan hari tu, kami pergi pukul 7 pagi. Sampai sana siap bawa makanan sendiri ala pot luck dari ibu bapa. Makanan sangat banyak ok, macam-macam ada bila ramai yang bawa kan. Gerai jualan pun ada yang buka.

Aktiviti banyak sampai Amsyar bosan tak tau nak buat apa. Maklum saja bila 2 buah Pasti kawasan bergabung.

Ashraf menang 1 acara tempat pertama, Amar menang 1 acara tempat ke 2. Alhamdulillah..senang kerja aku tak payah nak pujuk bila balik nanti kenapa Amar tak dapat medal macam tahun lepas.

Syukur kali ini sukan di buat di tempat berbumbung, jadi tak bimbang dengan keadaan cuaca yang panas. Majlis tamat hampir pukul 1, balik rumah masing-masing keletihan. Mandi, makan, rehat sekejap dan tidur. Aku pun join rehat sama.

Ini tempat kami berhimpun, tak panas sangat ada banyak kipas. Acara berlangsung di bawah bumbung ini. Di lokasi sekolah rendah Johan Setia

Amar sukan buat kali terakhir, Ashraf setahun lagi ada di Pasti insyaaallah kalau tak ada aral melintang Amsyar juga akan menyusul nanti. Tapi aku tak paksa tunggu dia rela hati baru hantar.

Sekarang tengah berkira-kira nak sunatkan yang 2 orang tu..aduhai aku pulak yang risau lebih.

Monday, June 13

Peperiksaan Anak-anak

Assalam...

Alhamdulillah anak-anak dah mula bersekolah pagi ini, walaupun agak susah nak kejutkan sebab dah lama cuti tapi semua masih berjalan lancar lagi.

Saja nak kongsi kegembiraan hasil kejayaan anak-anak, syukur walaupun ada masa tak sempat nak ajar sekurang-kurangnya mereka mampu membuat yang terbaik. Kami suami isteri tak pernah letakkan 1 syarat pada anak-anak. Tak pernah paksa mereka buka buku kecuali untuk buat kerja sekolah. Mungkin kami anggap masih kecil dan masih tadika, jika di arus sekolah kebangsaan mungkin berbeza nanti.

Lagipun masa sangat suntuk untuk aku bantu mereka belajar. Insyaallah tahun depan aku mohon Allah mudahkan niat aku untuk fokus pada keluarga. 



Jadual peperiksaan yang telah berlangsung, aku tampal di dinding bilik anak-anak biar mereka nampak ujian apa untuk hari tu. Alahai bukan tengok sangat pun.

Keputusan Ashraf

Keputusan Amar

Alhamdulillah, syukur keputusan keduanya sangat baik di awal tahun ini. Komen cikgu Amar kurang lancar lagi membaca. Tak pe ada masa lagi, kelas tuition membaca yang pasti buat pun aku hantarkan. Tak pernah paksa Amar jadi pandai sebab aku dulu pun kecik-kecik kuat main :)

Monday, June 6

Sambutan Hari Jadi

Assalam...

Ini cerita beberapa bulan lepas, pihak Pasti mengadakan majlis sambutan hari lahir pelajar dari bulan 1 hingga bulan 4. Bermakna setahun ada 3 kali sambutan, kami bukan jenis yang sentiasa sambut hari lahir anak jadi bila sekolah ada buat kami terima dengan baik. Cikgu mintakibu bapa bawa sedikit makanan, maklum saja pelajarnya bukan makan banyak.









Alhamdulillah, anak-anak gembira kami ibu bapa pun gembira. Tapi balik rumah masih tanya mana hadiah..aduhai anak