Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Wednesday, June 15

Sukan Pasti 2016

Assalam...

Kisah beberapa bulan lepas, anak-anak ada sukan pasti. Cikgu beritahu sukan dijalankan agak jauh dari kawasan kami. Kiranya perlu keluar dari Jalan Kebun. Aku awal-awal minta dear join sama sebab tak terkejar dengan Amsyar lagi.

Alhamdulillah dear tak ada apa rancangan hari tu, kami pergi pukul 7 pagi. Sampai sana siap bawa makanan sendiri ala pot luck dari ibu bapa. Makanan sangat banyak ok, macam-macam ada bila ramai yang bawa kan. Gerai jualan pun ada yang buka.

Aktiviti banyak sampai Amsyar bosan tak tau nak buat apa. Maklum saja bila 2 buah Pasti kawasan bergabung.

Ashraf menang 1 acara tempat pertama, Amar menang 1 acara tempat ke 2. Alhamdulillah..senang kerja aku tak payah nak pujuk bila balik nanti kenapa Amar tak dapat medal macam tahun lepas.

Syukur kali ini sukan di buat di tempat berbumbung, jadi tak bimbang dengan keadaan cuaca yang panas. Majlis tamat hampir pukul 1, balik rumah masing-masing keletihan. Mandi, makan, rehat sekejap dan tidur. Aku pun join rehat sama.

Ini tempat kami berhimpun, tak panas sangat ada banyak kipas. Acara berlangsung di bawah bumbung ini. Di lokasi sekolah rendah Johan Setia

Amar sukan buat kali terakhir, Ashraf setahun lagi ada di Pasti insyaaallah kalau tak ada aral melintang Amsyar juga akan menyusul nanti. Tapi aku tak paksa tunggu dia rela hati baru hantar.

Sekarang tengah berkira-kira nak sunatkan yang 2 orang tu..aduhai aku pulak yang risau lebih.

No comments: