Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Tuesday, June 4

Rindu Mak

Assalam...

Baru beberapa hari mak pergi mengikut keluarga abang bercuti di Tioman sudah terasa rindu....bayangkan sekarang 24/7 mak sentiasa ada depan mata. Tak perlu lagi nak telefon bertanya mak sihat ke tidak.

Sejak mak duduk sama ni setiap hari aktiviti selepas memasak tengahari kami akan layan menonton filem P Ramlee...ha...seronok sakan bermula dari pukul 12.00 tengahari sampai pukul 2.00 petang. Sesekali dapat layan filem P Ramlee kan, memang seronok lah kalau tengok cerita yang kelakar.

Makan pun teratur sangat sebab bila tak makan mak yang bising-bising. Ye la kadang-kadang mak yang masakkan, sesekali aku bagi mak peluang masak apa yang mak nak masak.

25/5 yang lepas  hari lahir mak, kata mak tak nak sambut-sambut jadi ahad tu aku ajak dear sarapan di luar. Kami sarapan di Lontong Klang depan Pasar Jawa dan berhampiran dengan Masjid Pasar Jawa. Pagi pun orang dah ramai maklum saja la hari ahad.

Ha...teringat 1 kes yang sangat terkesan pada aku.

Ada sekumpulan orang yang boleh aku kategorikan alim sebab pakai  jubah dan berserban. Mereka sudah selesai makan dan macam biasa la di sini pasti ada kereta yang parking berlapis. Nampak tidak sabar dia turun minta alihkan kereta, tapi mak cik yang duduk dalam kereta mungkin tak pandai atau pun minta tunggu sebentar. Tiba-tiba lelaki tadi buka pintu kereta mak cik tu terus tekan hon! mak aih.....sangat beradap punya orang. Semua yang ada di situ memang  memandang je. Mujur si suami mak cik tu senyum dan angkat tangan je...bagus kan! cool je pak cik tu.

Jadi pakaian tak melambangkan peribadi seseorang tu kan...haha...mujur mak tak nampak tapi aku ceritakan juga.

Selesai makan kami pergi pasar borong Meru mencari lauk untuk makan tengahari dan juga bekalan untuk seminggu. Banyak juga yang di beli tapi tak sampai RM 50.00 keluar. Ha....kalau pergi kedai atau pun pasaraya lain mesti tak cukup.

Kalau orang lain sibuk minta kek mak cuma minta kami doakan yang terbaik untuk mak. Hadiah paling senang tapi kalau boleh memang nak mak sentiasa senang hati dan ceria selalu.
 

No comments: