Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Sunday, June 2

Bila Tidak Sihat

Assalam...

Sejak dari minggu lepas rumah aku dan juga rumah kakak ipar aku mengalami demam, batuk dan selsema. Kesian kami semua kan....tapi nak buat macam mana, kalau dah nak kena tu tak boleh nak elak. Kakak ipar sebelah rumah memang semua kena dari anak sampai ke ayah dan kemudian sampai ke maknya. huhu...lagi sedih

Bila ambil masa lama masih belum baik makanya dear ajak juga pergi klinik semperna cuti Keputeraan Agung. Masa ni tinggal Amar je yang belum baik.

Bila di fikirkan rasa macam Amar memang ikut aku, bukan setakat mukanya tapi kesihatannya pun sama. Bila diserang batuk tersangatlah susah untuk hilang. Aih...tetiba rasa macam tak tahu nak buat macam mana la kan bila ada anak mengikut macam ni.


Tengoklah tu ditangan Ashraf ada batang ais krim... eh bukan yang ni DR punya dia bagi derang main. Klinik ni setiap kali pergi bawa anak-anak mesti mereka bagi sebiji vitamin. Mula-mula ingatkan seorang DR je rupanya bila dah banyak kali pergi baru tahu itu cara mereka nak ambil hati pesakit kanak-kanak.

Poliklinik Shaik....abaikan muka orang lain tu eh
Kesimpulannya, bila anak-anak sakit mak paknya la yang risau....jadi jaga sajalah kan, yang paling susah nak jaga mereka tak suka berpantang makan. Terpaksa kawal masak tanpa goreng-goreng sangat dan tiada air sejuk dalam peti ais.

No comments: