Hari Jumaat lepas aku ke KL dengan kakak aku dengan tujuan untuk jalan-jalan sambil mahu ambil gambar. Gambar shoot 2 hari selepas aku resign.Ambil promo dari thephotolicious semperna promosi Chinesse New Year.
Kami gerak dari Puchong naik kenderaan awam lagi mudah sebab aku tak yakin kalau nak bawa kereta di KL sana. Silap-silap sesat atau pun buang minyak kereta je. Dear pun tak benarkan, lebih baik naik bas dan LRT. Ingatkan nak naik komuter dari Shah Alam tapi bila call kakak dia pun nak ikut terpaksa tukar rancangan. Mujur pejabatnya dekat dengan LRT pandan Jaya. Aha...tapi nak ambil LRT pun tersesat juga. Lama tak naik kan, sejak 2 tahun lepas rasanya last naik.
Terkejut bila masa untuk beli tiket perlu ke mesin tak boleh beli dari kaunter. Ish....mesin pertama jem kerana syiling awek india tersangkut. Pergi ke mesin ke 2 nasib baik ok, tapi bila keluar dapat token pula bukan dapat kad macam dulu. Nampak sangat aku ni dah lama tak naik LRT kan.
Inilah tokennya, sama saiz syiling 20 sen lama. *sumber dari lama web rasmi rapidKL* |
Dapat beli 2 pasang kain dan 2 helai tudung. Hehe...kakak aku cuma beli tudung 3 helai je. Lama tak pergi sana jadi semua kedai rasa nak masuk...siap boleh bandingkan harga lagi. Puas hati jalan tak bawa anak, kalau Amar ikut maunya pening aku nak pilih-pilih kain.
Kami makan tengahari pun disana, medan selera di Jalan Bunus berhadapan dengan kedai mamak ABC. Ahaha....puas makan sambung jalan-jalan kemudian gerak balik.
Paling tension masa tunggu bas nak balik Puchong, mana tidaknya panas dah tu tak ada tempat nak duduk dan basnya pula tiba lewat. Hancing pula tu, dek kerana ada orang yang tidak guna akal melepas di mana saja. Dalam bas pula terpaksa berebut-rebut jika mahu duduk. Ish...teruk kan ini lah hakikat bila naik kenderaan awam.
Ada 1 masa kakak aku bangun bagi tempat duduk dia pada seorang autie india tapi entah macam mana tiba-tiba datang seorang awek vietnam ke siam ntah duduk kat situ. Kesian gile aku tengok autie tu, awek tu pula boleh buat muka tak bersalah. Geram!
No comments:
Post a Comment