Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Wednesday, December 26

Penutup Persekolahan 2018

Assalamualaikum...

Dah lama nak berkongsi cerita disini buat tatapan anak-anak mama nanti, kalau ikut memang ada banyak perkara nak tulis tapi kekangan masa sangat tak memberikan peluang untuk mama menulis. Ye, anak-anak memang pantang kalau mama pegang talifon.

Syukur sangat penutup persekolahan 2018 dengan keputusan peperiksaan anak-anak sangat membanggakan. Alhamdulillah, walaupun susah setiap kali mama suruh baca buku mujurlah mereka berjaya juga memberikan mama kejayaan walaupun bukan cemerlang di kedua sekolah tapi mama tetap gembira dengan keputusan yang mereka dapat. Insyaallah ada hadiah yang akan mereka dapat.



Alang-alang cuti panjang dan ada majlis perkahwinan sepupu sebelah mak jadi mama ambil peluang balik kampung 1 minggu. Niat nak hantar opah dan bawa opah ke majlis tu. Alhamdulillah, kita pergi kedua majlis perkahwinan tu dan sempat juga bawa opah pergi Taiping untuk majlis sebelah pihak lelaki.  Sepupu mama perempuan, jadi kita memeriahkan pula majlis orang. 

Balik dari majlis tu sempat juga pergi jalan sekejap.  Tu nanti mama tulis kemudian, mama tak dapat nak tulis panjang lagi sekarang ni.  Jadi semua pun kena pantas buat.

Sunday, August 12

Mengundi Pilihan Raya Kecil Adun N49

Assalamualaikum...

Ini dakwat hari pertama 

Aku bukan anak jati tempat ni tapi memandangkan aku dah kahwin dengan anak jati kawasan ni, jadi aku nak memudahkan urusan aku dan dear akan datang. Aku daftar untuk mengundi di kawasan ni. Sayang juga tak dapat tentukan pentadbir yang layak di tempat lahir tapi aku rasa lebih penting untuk aku tentukan di tempat aku tinggal sekarang.

Alhamdulillah... proses mengundi kali ni lebih cepat berbanding masa PRU yang lalu 2 jam beratur. Lenguh kaki jangan cakap la, tahan selagi mampu. Ini tanggungjawab jadi harus kita laksanakan. Alhamdulillah dan tahniah pada yang menang yang tak berjaya takpe boleh cuba lagi 5 tahun.

Ini hari ke 3

Hari ni dah genap seminggu lebih, dakwat kali ni lebih cepat hilang. Sekarang tinggal dikuku je lagi.

Monday, July 30

Sepi Seketika

Assalamualaikum...

Lama dah tak menulis, ye ada perkara yang tak diingini terjadi dan mula sibuk dengan urusan keluarga. Anak -anak semakin membesar dan ada bermacam perangai. Permulaan ramadan agak pahit dek kerana telefon bimbit ku dicuri oleh anak muda usia belasan tahun depan mata je, hanya Allah je tahu apa aku rasa. 

Persiapan raya disibukkan lagi dengan peperiksaan pertengahan tahun Amar dan Ashraf. Syukur keputusan masih membanggakan kami sebagai mama dan ayah.

Tahun ni pertama kali beraya berenam dan dengan anak perempuan. Dear minta aku belikan kain warna merah muda, tapi aku pilih warna yang tak terlalu cerah atau terang. Faham je la, keluargaku lebih ramai lelaki dari perempuan.



Raya tahun ni giliran beraya di Perak. Best sangat la, lagipun beraya kali pertama dengan Nur Aisyah.

Ok, ni je dulu yang dapat aku coretkan,. Insyaallah ada masa aku menulis lagi.

Monday, April 9

Jualan Gudang Fackelmann

Assalamualaikum...

Hari Ahad semalam mama dapat cuci mata sekejap. Jadi la walaupun dapat beli sikit tapi puas dan cukup untuk di gunakan. Kawan sekelas mama belajar dulu post dalam Facebook bagitau ada jualan gudang dekat kawasan rumah kita. Mama ajak ayah pergi sebab lebih senang nak pilih barang kalau ayah pun ada apa-apa barang nak beli. Walaupun mama tau semua jualan adalah barang dapur. Haha..

Alhamdulillah mama memang mencari loyang 4 segi comel dan loyang bulat yang comel sebab oven mama pun comel kan. Tak pe cukup untuk mama guna untuk buat kek dan biskut yang anak-anak mama suka.



Mama ambil 1 senduk kayu, 1 pemukul telur, 1 scoop ais krim, 1 loyang bulat dan 1 loyang empat segi harga yang mama perlu bayar cuma rm29.00 je. Mama cakap kat ayah bagi mama rm50.00 pun ada lebih lagi. Ikutkan hati memang banyak nak beli tapi kalau beli tak guna lebih baik tak payah kan.

Insyaallah dah ada loyang baru semoga semangat nak membakar pun datang selalu la hendaknya. Anak-anak mama pun kuat makan tau.

Saturday, April 7

Zikri Ashraf Diserang Ketumbit

Assalamualaikum...

2 hari lepas Ashraf mengadu bagitau Amsyar tumbuk mata dia tapi mama fikir kamu semua memang selalu bergurau dan bergaduh sama-sama. Tapi bila pagi esoknya mama kejutkan mama tengok mata Ashraf bengkak, orang panggil ketumbit. Tak teruk sangat sebab bengkak kecil je tapi ayah sarankan tak perlu pergi sekolah hari tu.

Mama bawa Ashraf ke klinik untuk dapatkan ubat dan juga cuti sakit kalau perlu. Alhamdulillah doktor cakap tak teruk dan dapat cuti sakit 2 hari. Fuh!!!! Sabar la mama kena jadi jururawat lagi. Nur Aisyah dah baik batuk Ashraf pula yang ketumbit.

Kata doktor ketumbit ni berlaku sebab Ashraf tak menjaga kebersihan dengan baik. Huhu..anak-anak memang susah nak basuh kaki bersih selepas main basikal di luar. Penat mama pesan, dah puas mama tegur akhirnya kena juga. Tak pe mujur tak lama dan tak berjangkit.
Mata kiri dah kurang bengkak dah, sekolah agama je guna cuti sakit sebab sekolah kebangsaan latihan sukan sanggup pergi sekolah juga.

Ragam anak-anak bila masuk kereta, borak cerita makan apa, belajar apa, beli gula-gula apa...seronok nya mereka bercerita.

2 hari juga ambil masa untuk baik. Doktor beri surat cuti sakit untuk 2 hari dan 2 sekolah. Maksudnya setiap sekolah ada surat yang tertulis nama pelajar dan sekolah mana. Syukur sekarang lepas 2 hari dah mula kurang. Tinggal nak habiskan antibiotik je. Ubat sapu pun sapu sikit je kalau dulu nak sapu je dia seronok tapi lepas sapu pedih, dan meleleh air mata. Kasihan tapi bila tak jaga kebersihan itu lah balasannya. Mama pesan lain kali tolong dengar ye anak-anak.