Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Thursday, March 6

Aktiviti Bila Dear Pulang.

Assalam...

Walaupun dear balik Cuma 2 malam 2 hari tapi hakikatnya memang terasa tersangat cepat masa berlalu.

Malam Sabtu.

Dear sampai sini lebih kurang pukul  10.00 malam, aku  sengaja biarkan anak-anak bermain lagi pun esok aku cuti jadi sesekali biarkan mereka tidur  lewat sedikit. Melihatkan mereka seronok menyambut ayahnya pulang hati lagi terasa syahdu. Bayangkan kalau aku tidurkan mereka bila pagi mereka terjaga mula lah ada yang buat muka terkejut. Hahah…memang tak boleh tahan.

Sudahnya malam tu kami tidur pukul 12.00 malam tapi paginya anak-anak tetap bangun seawal jam 7.00 pagi.

Sabtu.
                                                       
Pagi bersarapan roti canai mamak di Kota Kemuning, kemudian bawa anak-anak bermain di taman sepuas-puasnya. Seronok tengok mereka bermain.



Tengahari masakkan sup ayam je, sebab ini je lauk yang dear minta. Petang selepas anak-anak tidur dear bawa mereka pergi gunting rambut sebab mamanya dah tak tahan tengok rambut yang dah panjang  menyucuk ke telinga…erk.

Malam minggu keluar pergi baiki dan tukar bateri jam tangan aku walaupun niat dalam hati nak minta jam baru. Haha….dear belanja RM12.00 je untuk kos tukar bateri dan baiki. Jimat dah katanya. Kemudian pergi cari tiket bas untuk balik ke Pahang esok harinya. Mujur masih ada kerusi kosong lagi. Sebelum balik singgah makan di restoran makanan cina halal Mohd Chan di Kota Kemuning. Syukur juga kami sampai awal sebab memang ramai orang malam tu.

Ahad.

Merancang mahu tengok baby tapi terlampau ramai orang yang ada dalam klinik Barakah jadi patah balik rumah dengan perasaan yang hampa. Maunya tak hampa sebab teringin nak bagi dear tengok  pula walaupun kata dear ada je klinik lain yang boleh dia tunjuk tapi aku selesa dengan khidmat Dr Khiriah yang tersangat lemah lembut dan banyak membantu menyenangkan hati.

Balik rumah dear pergi basuh kereta dikedai aku pula siapkan makan tengahari sambil mengemas rumah. Wah…dah lama tak kemas rumah kan, sesekali dapat peluang habis semuanya aku kerjakan sampai tingkap dan peti ais pun aku bersihkan. Hehe ada hikmah tak dapat jumpa Dr. Khiriah ni.

Petang selepas anak-anak tidur kami gerak ke Stesen bus seksyen 17, Shah Alam untuk hantar dear balik Pahang. Pukul 5.00 petang baru dear gerak balik sana setelah bas terlewat setengah jam. Alhamdulillah selamat sampai pukul 8.30 malam.

Aku dan anak-anak balik rumah tapi sebelum tu sempat singgah beli kek dulu. Kempunan….

Oh….sekarang baru masuk 24 jam dear pergi pun terasa rindu sangat.

Tuesday, March 4

Entry Pemanas Badan.

Assalam...

Masyaallah sekejap je bulan Feb berlalu, sekarang masuk bulan Mac…Kerja banyak bertimbun-timbun pula bila masuk Feb lepas, membawa ke awal bulan Mac ni. Agak-agak bila selesai mungkin boleh berkerja dengan lagi tenang tak perlu berkejar-kejar.

Kerja.

Alhamdulillah kata orang bila ada kerja  ada gaji, tapi yang paling penting kalau tak ada kerja memang bosan menggila aku rasa. Setakat ini masih ada kerja yang belum selesai lagi walau pun setiap pagi merancang nak selesaikan atau nak mengurangkan jumlah kerja yang ada.

Alhamdulillah juga walaupun ada kala diuji dengan kesihatan yang kurang sihat namun tetap bersyukur kerana dapat bos yang memahami sebab dia terlebih dahulu pernah mengalami nasib yang sama. Dalam masa yang sama banyak nasihat dan pandangannya yang aku boleh guna pakai.

Terpaksa bekerja lebih sedikit sebelum melahirkan nanti, sebab  nanti bila cuti panjang takkan orang lain nak selesaikan kerja aku yang tertangguh tu. Mujur juga permohonan untuk masukkan meter TNB  sudah hampir selesai tinggal sedikit sahaja lagi kalau tidak maunya pening kepala nak aturkan kerja satu per satu.
Kerja ada kala tertekan juga lagi-lagi bila orang di tapak minta belikan barang/kabel dala tempoh  yang singkat. Contohnya tengahari order tapi petang mahu barang ada depan mata…huhu…boleh menangis guling-guling aku dibuatnya tapi Alhamdulillah semuanya telah pun aku atasi walaupun aku masih baru lagi dalam bidang ini.

Kandungan.

Huhu tak lama lagi tiba April. Erk seram  sebab due date penghujung April. Hehe semoga Allah permudahkan segalanya sama macam abang-abangnya dulu. Apa pun pengalaman mengandung kali ini pun ada banyak beza dari yang sebelumnya. Hari Jumaat lepas terpaksa kerja setengah hari saja dek kerana menahan sakit bawah perut yang agak melampau tiba-tiba. Mujur balik rumah  baring-baring terasa kurang sedikit. Ditambah lagi dengan kepulangan Dear yang membantu melegakan lagi kesakitan  tu bila diurut perlahan-lahan. Ye kali ni dear balik menjadi tukang urut aku pula. Haha…terima kasih!

Kesian dear nak melihat baby kali ini tak kesampaian dek kerana terlampau ramai orang  yang datang ke Klinik Barakah  pagi Ahad lalu. Kami sampai pukul 9.00 pagi tapi kaunter pendaftaran telah pun ditutup sebab terlampau ramai orang yang mendaftar. Eh…klinik buka pukul 9.00 pagi jadi orang lain tiba lebih awal dari kami la maksudnya….wah!

Amar dan Ashraf.

Perkembangan terkini mereka sekarang sudah tidak lagi memakai lampin pakai buang. Sepenuhnya memakai seluar dalam. Yahoo….berjaya melatih tidur malam tanpa lampin sejak seminggu yang lalu. Setiap malam sebelum tidur aku minta mereka buang air kemudian gosok gigi biar jangan cepat rosak macam mama ngan ayahnya. Sebelum mereka tidur aku  ingatkan kalau terasa mahu buang air kejutkan aku atau  pun bangun sendiri pergi ke bilik air. Lampu di bilik air memang sentiasa  terpasang, untuk kemudahan mereka kalau-kalau mahu buang air tengah-tengah malam.

Setakat ni masih berjalan lancar, belum pernah bocor atas tilam. Harap-harap berkekalan hendaknya sampai bila-bila. Stok lampin ada yang masih belum buka lagi tapi kata MIL dan kakak ipar simpan je untuk kegunaan adiknya nanti. Huhu…2 saiz dan ada lebih kurang 5 beg lampin belum buka lagi. Banyak tak? :p


Ok setakat ni je la yang aku mampu taip, panas tau menaip malam-malam ni. Cuaca pun memang tak berapa elok sejak beberapa minggu lepas. Syukur juga Allah turunkan hujan petang tadi di pejabat dengan agak lebat kalau tidak makin teruk jerebu aku lihat. Moga pokok pun kembali segar setelah  dapat air. Dek kerana hujan tadi hampir pukul 7.00 malam baru keluar pejabat. Sabar je la sebab tiada payung di pejabat sana.

Monday, February 10

Makan Tengahari

Assalam...

Sejak beberapa minggu ada sebuah kedai makan yang menjual makanan cina muslim ala-ala Mohd Chan. Huhu...buat aku lagi malas nak bungkus makanan siap-siap dari rumah. Eh...memang tak masak pun sejak dear pergi Pahang lagi. Jadi sarapan pagi dengan roti, makan tengahari berat dengan nasi atau pun apa saja yang aku rasa nak makan dan malam pun cuma makan roti je. Hehe....bukan  diet tapi memang tak ada selera langsung nak makan malam.


Nasi goreng kampung yang sangat banyak dan mampu kenyang hingga ke malam hari
Nak kata harga makanan murah tak juga tapi berpatutan la kan, kalau tengok nasi goreng tu memang terkejut...mana tidaknya setengah tempat bagi separuh je tapi kat sini dia bagi penuh 1 polistrin...siap dengan telur goreng.

Walaupun disini dah makin bertambah kedai makan baru tapi setakat ini kedai makan ni memang rajin aku pergi walau pun tiada nasi campur yang pelbagai lauknya.



Wednesday, February 5

Cempedak Goreng

Assalam...

Dah beberapa kali sibuk telefon mak tapi katanya buah cempedak banyak dikampung. Aduh....terliur tau dek kerana tak dapat balik kampung. Minta mak bawakan kesini mak pun belum mahu datang lagi. Terpaksa beli sendiri. Mujur  dikawasan berdekatan rumah abang ada jual banyak buah cempedak.

Minta abang jengukkan ada jual buah cempedak tak tapi dibelikannya terus. Huhu...dasar abang yang kesian kat adiknya yang mengidam kot. Kebetulan  isterinya pun kan mengandung sama.

Setelah habis isinya dikorek.

Ulasnya yang kecil-kecil tapi cukup buat hati berasa  puas
Tetap terasa puas walaupun ulasnya kecil je tapi dek kerana teringin...makan jangan tak makan. Sedap bila siap masak sampai langsung tak sempat nak ambil gambar, bukan aku seorang je yang makan tapi dear dan anak-anak pun makan sama. Alhamdulillah dengan  rezeki yang Allah berikan. :)


Tuesday, February 4

Ruang Solat Aku

Assalam...

Sejak berpindah kerja ditempat lain ni memang menjadi sedikit masalah untuk aku solat, mana tidaknya bos dan rakan sekerja semuanya berbangsa cina tiada seorang pun bangsa melayu melainkan aku. Makan memang senang tinggal bungkus dari rumah atau beli saja dikedai makan melayu.

Sejak mula aku dah minta kebenaran untuk solat dan isteri bos benarkan aku guna bilik yang ada di tingkat 1. Alhamdulillah...beberapa minggu sempat bersolat disitu tapi lama kelamaan bos mahu guna semula bilik itu. Dek kerana itu aku ambil keputusan untuk solat diruang pantry yang jarang sekali digunakan. Hehe....masih ada tempat asalkan aku mahu laksanakan rukun Islam yang ke 2 tu. Alhamdulillah setakat ini tiada sesiapa pun yang mengganggu.


Ini ruang solat aku.

Pandangan dari ruang solat aku, nampak sinki.


Sentiasa bersyukur, sekurang-kurangnya bos tetap mempermudahkan urusan aku untuk melaksanakan apa yang wajib aku laksana. Bukan sekadar kerja tapi ibadah yang wajib mesti minta izin dari bos, walaupun berlainan bangsa dan agama tetapi mereka tidak keberatan memberikan peluang dan juga ruang.

Kalau tiada ruang ini terpaksa bersolat di surau Giant nampak gayanya. Huhu...tak larat hari-hari menapak ke Giant pulak.