Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Tuesday, July 2

Macam Dalam Drama...

Assalam...

Sejak berbulan-bulan duduk rumah banyak sangat perkara dari sekecil-kecil perkara hingga yang sebesar-besar alam ni. Tak semua orang perasan tapi jika kita fikir dan lihat dari hati baru kita faham. Bukan apa bila sudah berlaku pada diri sendiri baru kita sedar.

Dugaan Allah pun ada bermacam-macam cara kan. Bermula dengan bulan pertama aku berhenti kerja ada pula suami isteri bergaduh dilorong berhampiran rumah. Bunyi macam kelakar bukan, selalu kita lihat dalam drama, isteri lari keluar dari kereta suami. Yang kejadian ini pun sama cuma suaminya sempat keluar dan kejar isterinya. Huhu....jeritan isterinya tu yang buat aku tak menahan nak mengintai tapi sayang aku tak nampak...aku cuma nampak kereta suaminya je. Orangnya dah lari beberapa meter dari kereta berhampiran dengan rumah hujung yang  dah semestinya aku tak boleh nampak.

Baru beberapa hari lepas pula kakak ipar sebelah rumah bagitau ada kes kecurian motorsikal di sini. Kalau nak tahu motorsikal tu bukan motorsikal yang boleh di gunakan tetapi yang telah rosak dan masih belum di baiki. Aduhai....sampai begitu sekali pun ada ke?

Kejadian terbaru jiran betul-betul sebelah rumah berperang besar. Akibat terbaca SMS suaminya dengan perempuan lain. Awal pagi dah menangis sayu. Haih....tak tahu sama ada nak tolong atau tidak. Kalau tolong  nanti dituduh masuk campur tapi kalau tak tolong nanti dituduh tak ambil tahu pasal jiran. Serba  salah jadinya!

Ini hakikat Duniawi kan...semua yang berlaku di dalam drama adalah realiti kehidupan kita. Walau pun kita tak nampak tapi kitalah pelakon di dunia ni.

 

Monday, July 1

Brokoan

Assalam...

Hari Ahad lepas kami sekeluarga mertua buat makan-makan...seronok juga bila ada acara makan-makan walaupun memang selalu berjumpa mesti buat acara makan-makan ni.

Acara makan kali ini untuk meraikan kehadiran baby baru dalam keluarga kami. Anak adik dear yang baru dapat anak ke 3. Huhu....adik dear dah potong kami yang cuma ada 2 anak je ni...hahahaah

Ini adat tradisi jawa....MIL memang masih kuat dengan tradisinya yang pada aku memang bagus, sebab nanti     kalau tak diteruskan oleh anak-anak kan sayang. Bukan setakat makan-makan tapi kan boleh mengeratkan ikatan kekeluargaan kami semua. Syok juga bila makan dalam dulang. :)



Sejak berkahwin dengan dear bermacam-macam perkara baru yang aku dapat belajar sepanjang masa. Huhu...sedap juga nasi lemak makan dengan kerabu ni!

   

Saturday, June 29

Bila Di Landa Jerebu

Assalam...

Selepas balik dari kampung kami bertiga duduk rumah je, kalau keluar pun hanya pergi ke pasar raya besar. Econsave yang dekat dengan rumah pun aku tak kuasa nak pergi. Dear bawa kami pergi pun sebelah malam...kurang kelihatan sangat jerebunya.

Sempatlah melihat anak-anak berlarian dengan bebas...hahaha...maklum je la dah lama tak bawa pergi main ditaman permainan. Mesti mereka pun rindu nak pergi kan... :p



Merempit naik motor....best je kan. Nak pulak motor siap boleh goyang kiri kanan pula tu. Jealous!!! tau la mama tak pandai bawa motor...huhu

Syukur sekarang jerebu sudah pergi jauh...Alhamdulillah Allah turunkan hujan untuk kurangkan jerebu.

 

Friday, June 28

AEON Member Day Bukit Tinggi - 27/6/13

Assalam...

Berkesempatan pergi ke AEON Member Day di AEON Bukit Tinggi hari Khamis lalu. Aku pergi dengan kakak, anak-anak tinggal dengan MIL sebab lebih senang nak memilih. Ini hasil yang aku dapat sebab orang memang tak ramai jadi sekejap je dah selesai. Kami sampai pukul 10.30 pagi pukul 12.00 tengahari selesai...aku rasa kalau ramai orang mesti lewat lagi kami gerak balik.








Sekarang baju raya anak-anak dah siap...tinggal nak siapkan baju melayu je. Tak pe buat sendiri kan tak payah susah-susah nak tempah. :)
 

Thursday, June 27

Tempat Bermain Di AEON Big Bukit Rimau

Assalam...

Kisah beberapa minggu lepas, keluar dengan mak, kakak dan anak-anak ke AEON Big Bukit Rimau....Oh..anak-anak bila terpandang tempat bermain mula sibuk mahu main. Mula-mula ingatkan percuma sekali penjaganya datang minta duit.

Kalau murah tak pe...setengah jam RM 3.00 untuk seorang kanak-kanak. Mainan yang ada cuma ini je langsung tak berpadanan dengan harga yang di cas. Kalau sejam RM 5.00 dan kalau mahu main sepanjang hari boleh bayar RM 9.00... ini harga maksimum la kot. Jadi nak tak nak bayar la RM 6.00 untuk 2 orang kanak-kanak.

Masuk je derang bukan main tapi sibuk  tengok anak-anak cina yang main...huhu...lagi terasa rugi dan membazir bayar duit. Harap-harap lain kali kalau datang lagi Amar tak ingat lah nak main di sini. Pernah terjadi masa dear bawa Amar seorang ke Giant Bukit Kemuning dia siap minta nanti kalau dah selesai kerja ayah abang nak pergi main gelungsur...aduhai hampir setengah jam juga tapi percuma la kan.



Motor dan kereta ni harga lain akan di kenakan...tak kuasa nak ambil lagi.
Ragam anak-anak sesekali ikutkan la juga kan...biar mereka gembira.