Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Tuesday, February 16

Di Uji

Assalam...

Dugaan dari Allah bila-bika masa je boleh dapat kan, kami di uji setelah bergembira di kampung. Tayar kereta tercucuk paku, kemudian belum sempat cari bengkel tayar lain pecah pula. Nak kata apa, dear dengan bantuan Amar terpaksa tukar tayar.

Banyak kereta lalu lalang memang tiada 1 kereta pun berhenti aku perhatikan. Silap-silap kalau ada kecemasan atau pun masa tu aku sendirian atau dengan anak-anak memang kesian.


Tenang je kan, kami tersadai sini dekat setengah jam juga la. Kata dear kalau dapat mancing best juga. Aduhai laki aku ni.



Kesian Amar, brrpeluh-peluh semangat tolong ayah tukarkan tayar. Aku tak boleh keluar nanti Amsyar pun sibuk nak keluar sama.

Sebelum masuk highway kami cari kedai tayar, Alhamdulillah di pekan Bidor ada kedai cina yang jual dengan harga agak murah berbanding kedai lain. Dear angguk je kepala terus cina tu arahkan pekerja dia buat. Dia terus ambil colok pergi sembahyang. Aik, tanda syukur sebab kami datang singgah ke?

Masuk highway plus jalan lancar tapi sampai ke Sungkai jalan agak perlahan, kereta banyak tapi tak ada kemalangan. Sampai rumah pukul 7.30 malam, terus kemas barang, makan dan tido

No comments: