Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Friday, July 11

Bila Kesihatan Di Uji

Assalam...

Syukur Alhamdulillah Allah masih memberikan aku kesihatan yang baik walaupun beberapa hari lepas diduga dengan bermacam dugaan. Sekarang sudah masuk minggu ke 3 aku bekerja kembali selepas bersalinkan Zikri Amsyar.

Minggu pertama kesihatan aku sangat baik, tapi bila masuk minggu ke 2 terus demam...minggu awal puasa, demam seminggu hinggakan aku terpaksa buat ujian darah takut dijangkiti denggi pula. Alhamdulillah memang tiada denggi.

Baik demam datang sakit di kaki pula, langsung tak boleh nak solat dengan sempurna. Terpaksa bersolat atas kerusi sebiji macam orang yang sakit sangat pula. Tak apa asalkan solat kata mak aku.

Paling teruja bila naik kerja semua kain dan seluar mula terasa longgar. Bahkan baju raya yang aku minta mak aku jahitkan pun nampak dah kecil dari biasa. Bila tengok macam kecil sekali pakai memang ngam dengan badan. Aih...muka pun dah ada beberapa orang asyik tegur. Tak pe kita tunggu lepas raya nanti sebab masa tu cukup 3 bulan berpantang.

Sekarang sibuk dengan persiapan nak raya. Kuih raya memang belum sedia, rumah lagi lah memang macam tongkang pecah hari-hari. Mujur baju anak-anak dah persiapkan awal-awal kalau tidak...fuh! langsir raya pun mak yang sponsor tahun ni. Itu pun mak bising sebab langsir rumah kampung terlampau banyak sampaikan dah tak ada tempat mak nak simpan. Jadi mak minta ukur tingkap, pintu bilik semua biar senang mak nak ubah suai.

Puasa tahun ni memang seronok, lebih-lebih lagi senang bila nak bangun sahur. Amsyar tak banyak kerenah sama macam masa dia dalam perut, tak ada banyak hal. Bila abangnya ada ke tidak dia tak kisah, yang dia tahu dia suka di layan dan main dengan abangnya.

Seronok juga bila anak dah 3 ni ye...cuma penat berganda-ganda.

No comments: