Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Saturday, April 19

Bila Anak Tidak Sihat

Assalam...

Alhamdulillah kerana Allah masih berikan aku kekuatan untuk menjaga 2 orang permata hati aku setakat ini. Mana tidaknya sejak hari khamis minggu lalu Amar diserang HFMD kemudian hari Ahad berikutnya Ashraf pula. Memang tidak dapat dielakkan sebab mereka sentiasa bersama. Jadi terima dengan penuh syukur dan redha.

Terus terang memang Amar jarang-jarang sangat main diluar rumah tapi sekali terkena HFMD ni terus keliru. Dari mana dia jangkit? Dengan siapa di main hingga terjangkit? Oh....macam-macam soalan. Kebetulan anak bos pun baru je lepas kena...eh musim ke? Tak tau la

Menjaga Amar sebelum dear balik tidak sesusah menjaga Ashraf. Amar lebih cepat pulih dari Ashraf yang sudah hampir seminggu. Paling teruk jangkitan ulser di dalam mulut, sana-sini ada ulser hinggakan tiada daya untuk hisap susu dari botol jadi sebagai alternatif aku bancuhkan susu dalam cawan. Biar mereka minum setakat yang mereka mampu dan kurang memedihkan dinding mulut mereka.

Kasihan tersangat kasihan lebih-lebih lagi Ashraf, hinggakan tidak lagi berceloteh macam biasa. Abang dan kakak saudara pun terasa sunyi bila mulut becok dia tidak lagi berkata-kata. Dear sempat bawa Ashraf pergi klinik dan jaga sehari. Malam Isnin dear dah balik ke Pahang terpaksa aku jaga Ashraf sendirian.

Minum susu memang dipaksa sampaikan perlu aku takutkan kalau tak minum susu dan makan ubat ayah nak balik bawa Ashraf pergi hospital...biar doktor cucuk di tangan untuk masukkan air. Laju-laju terus minum susu. Berjaya juga taktik kotor tu aku guna.

Tapi bila dirumah mak lang memang gagal, bermacam-macam cara pujuk langsung tak jalan. Sampaikan mak lang naik pening fikir apa cara lagi untuk buatkan Ashraf minum susu atau sekurang-kurangnya air kosong.

Alhamdulillah Amar dah pulih, jadi sekarang tumpuan lebih kepada Ashraf. Tiap malam bila tidur mesti tak lena, siang pun sama kata mak lang.

Aduhai lah anak, kalau mama boleh ganti tempat kamu dah lama mama terima tapi Allah mahu uji mama menjaga kamu bila sakit begini mama terima juga. Kata kakak ipar sebelah rumah mungkin ini ujian dari Allah sewaktu menunggu saat tibanya bersalin. Harap-harap proses bersalin nanti dipermudahkan.

Sentiasa berdoa agar anak-anak kembali sembuh seperti sediakala. Memang rindu nak dengar celoteh Ashraf tapi bila sakit begini sabar saja lah kan.

No comments: