Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Sunday, September 19

Raya ku

Salam 10 Syawal...

Alhamdulillah Allah masih berikan aku kesempatan untuk menyambut syawal dengan org yg aku cintai.. Beraya di kampung setelah sekian lama tak blk, lbh kurang sebln jugak la...heh

Blk kg hari Rabu lepas selesai aktiviti masak2 kat umah MIL, singgah tanah perkuburan arwah bapa mertua, singgah beli susu kambing untuk Ahmad Raihan cucu bongsu mak buat masa ni. Next year insyaallah mak dpt sorang lagi cucu! Yes! suke suke ok

Perjalanan blk kg alhamdulillah tidak jem kecuali kenderaan dah mula byak, aku dipaksa drive dek kerana dear terlalu mengantuk untuk drive. Bahaya kan kalo mengantuk tp masih nak drive. So taun ni, pompuan dok 2 seat di depan ok aku & akak aku. Dear dok blkg jaga Zikri yg tak nak tido langsung! Lebih excited ini budak. Sampai kg kul 8 mlm. Hmmm tak tercapai hajat nak berbuka ngan mak ptg tu. Esok nya masih ada lg :)

Khamis pg aktiviti masak lemang & rendang dimulakan. Siap masak2 kami gerak g Giant Sri Manjung nak cari seluar raya dear. Malang tak berbau, kete akak kene langgar! huh penat kami jaga tetibe org lain langgar plak. Kes ni terjadi di kedai cuci kereta, kesalahan di sini kami letakkan pada owner kete (tak inform brek ketenya perlu dipam) & juga pekerja kedai cuci kete tu (memandu laju). Mujur dear diri kat tepi kalo kat blkang mau dah kene raya kat spital la jawabnya. Dpt RM 300.00 sebagai kos untuk repair dan ganti rugi kami. Sampai umah hampir masuk waktu berbuka, tapi masih sempat nak berbuka ngan mak! yahoooooo

Jumaat pg, Zikri awal2 dah bangun. Susukan, mandikan dan pakaikan baju terus aku masukkan kat buai. Bila Zikri tido aku blh la tolong siapkan umah sket. Maklum la bile semua berkumpul kan. Seronok amat sesekali dpt jumpa semua family tp cedey sket pasal tingat jugak pada arwah. Al fatihah....

Sepanjang raya pertama langsung tak berkesempatan nak keluar umah. Sedara mara dtg silih ganti ditambah plak dgn Zikri yg pantang nak keluar die pun nak tido...tak pasal2 ngamuk lak nanti.

Raya ke 2 tghari mak buat tahlil untuk arwah + ngan arwah mak cik sedara. Sempat juga kejar2 ke tanah perkuburan, sempat menemani mak bacakan Yassin buat arwah. Sedih! tiada kata lagi yg dpt kami ungkapkan. Ptg plan nak pg umah opah terpaksa cancel dek kerana Zikri tak puas tido. Malam lepas maghrib kami kejarkan jugak pasal esoknya nak blk klang dah. Agak crankcy jg Zikri kat umah opah, hmmmm dek kerana rimas semua org nak pegang die kot.

Raya ke 3 gerak blk klang lepas Zuhur, jalan agak jem walaupun jauh lg dari highway ni kerana kes simpang tiga je. Masuk je tol jalan mmg slow! hmmm sib baik dear yg drive blh jg dear cilok.

Uhhhh panjangnya....nanti la sambung lg ek. Byak sgt nak dicitekan...maklum la sekali dpt pegang laptop! Sesi beraya di klang nanti aku buat 1 entry ok. Mmg raya sakan bila pas balik ke klang ni.

Nite dulu, esok nak keje. Salam!


No comments: