Oh sudah lama tidak meninggalkan sebarang nota maupun catatan pendek di diari maupun blog kesayangan aku nih. Alhamdulillah hari rabu lepas aku telah selamat melahirkan seorang lagi khalifah Allah di muka bumi ini. Terlalu indah nak digambarkan saat kelahiran anak lelaki tersayang aku & dear :))
Setelah pergi check up hari isnin di hospital klang aku dipaksa untuk admit hari selasa kerana masalah GDM... (yg ni short form untuk apa aku tak tau tp maksudnya aku ada diabetis..tu je la yg aku faham sampai la ni) Sebelum admit aku ajak dear g Mid Valley jalan2 pasal dah lama tak jejak kaki kat sana kan. Tp jalan2 g sana cume tgok wayang je...hahahhaha bukan apa jalan2 banyak dah tak larat sgt pasal hari ahad tu aku & dear dah g jalan2.
Pg isnin gerak kul 9 lebih selepas sarapan ayam KFC yg kami beli lepas blk dari Mid Valley. Oh time ni la kan nak puaskan nafsu makan pasal nanti time dalam pantang makanan ni la yg kene elakkan. Dapat juga la nak merasa makan durian..hehehehhe..
Admit pg tu, tp petang baru dr dtg cek bukaan, ntah la aku pun tak perasan gak pasal dr kata time tu bukaan aku dah buka 3 -4 cm. Oh tuhan..langsung aku tak rasa sakit lagi pada masa ni. Plan awal dr nak induce aku terus dibatalkan pasal dah ada bukaan tp kalo esok pagi result masih sama dr akan masukkan ubat. Pg tu dr tak cek bukaan pun, pas je sarapan nasi lemak ngan pau yg dear bawa nurse panggil aku suh siap2 nak g masuk labour room...huh time ni kecut perut aku pasal time ni langsung tak de rasa sakit tp dah kene paksa g labour room.
Mujur cancel disaat akhir pasal ada org yg lagi memerlukan labour room tu. So aku kene buat CTG (cek jantung baby) tp ntah napa time buat CTG ni aku rasa sesak nafas lak. Kebetulan nurse minta aku pindah katil, so aku sempat la request bantal nak double pasal aku rasa tak selesa sgt kan. Time ni plak aku nye jantung degup kencang pasal sesak nafas tp tu la. Ish...nurse maupun dr dah panic time ni, macam2 la yg derang buat....sampai CTG aku tu hampir 1 jam juga la. Tak lama pas tu dr cek bukaan tp baru 4 cm. Dr pecahkan ketuban aku time tu maybe psal beat aku yg tinggi tu la kan.
Tukan katil, siap2 pg labour room...time tunggu nak tolak g labour room tu pecah dah ketuban...terasa hangat je air tu dan jugak bunyi pop yg keluar. Hehehe nak kata cam kencing pun ada gak. Masuk labour room pun blm sakit lagi. Sempat tgok jam...time kul 11.15pg. Tp masuk je 5 minit pas tu mula dah trasa skit. Oh time ni hanya Allah je la yg tau, walaupun time mula2 aku blh control lg padahal time tu sakit dtg tiap 3 4 minit skali...
Masuk je kul 1.30 mula la tak sedarkan diri, sakit makin kerap. Pinggang pun rasa tegang semacam. Terasa nak buang air besar yg sgt la tak lawas..mujur aku dah amik ubat buang air besar pg tu kalo tak maunye terberak kat labour room tu. Alhamdulillah setelah 3 jam setengah bertarung lahir lah zuriat terindah yg aku & dear nanti2 sejak 3 tahun lalu. Tp sayang dear langsung tak dpt tgok saat aku melahirkan. Kalo ikutkan nak bg dear tgok tp dah pihak hospital tak benarkan suami masuk so nak buat macam mana kan.
Dear cukup gerun maupun berterima kasih dengan pengorbanan aku...oh memang aku sanggup pasal dear akan sentiasa ada disisi aku walaupun time ni dear tak tau langsung yg aku dah masuk kat labour room. Dear cume duduk setia menunggu walaupun pihak hospital langsung tak inform dear aku ada kat labour room. Kejam kan derang time ni! Aku kuar labour room baru dear tau...tu pun pasal nurse panggil nama penuh aku kalo tak maunya dear tertunggu2 la kat luar tu.
Maha kaya Ya Allah...kesakitan aku kurang kalo dibandingkan dengan geng2 lain yg ada kat dlm wad 1B tu. Akak kat katil sebelah masuk dari tengah malam esok pagi baru masuk wad. Oh tidak dapat aku bayangkan kalo aku ditempat akak tu. Syukur sangat2 dah la dear tak de kan, kalo ada ok la juga blh jadi perangsang.
Ptgnye MIL ngan adik ipar dtg menjenguk, lg pun kalo MIL tak dtg dear tak dpat nak blk umah pasal kunci kete dear tertinggal kat bonet! klako kan, ni mesti kes menggelabah cari aku tak jumpa2 la ni. Rupa sape ntah la, sekarang ni bby asyik tukar2 je mukenya kan. So tunggu je la nanti, sekarang nak upload pic masih tahap kemalasan sesangat tambah lak masa sangt2 tak mengizinkan buat masa ni. Terkejar2 jugak la nak update blog. Ni pun dah tahap gian sgt nak online.
Insyaallah lepas pantang baru semua pic baby akan aku upload kan. Nama yg telah aku & dear pilih untuk 1st baby boy ni
" ZIKRI AMAR BIN ZAINI"
Oh opah dikampung dah kerinduan sangat kat cucu ke 8 ni. Maklumla aku ni kan anak perempuan pertama dpt baby lak tu. Tiap2 hari mak nak call, opah mana tak sangap tambah lak blm pernah tgok bby setakat tgok kat hp akak ngan abg je la.
Ok la, nanti ada masa aku akan update lagi blog ni, tp pling awal maybe next month. Hahaha pasl nanti kalo blik kg mmg tak de line so baik inform awl2 kan. See u all next month... :))
2 comments:
Tahniah awak... happynya dgr semuanya dah selamat... moga baby comel macam awak... doakan eyza plak yg menyusul nanti..hi..hi....
thanks! insyaallah tak lama lg ada la tu...
Post a Comment