Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Tuesday, June 2

Lampin Kain

Assalam..

Semenjak anak dah masuk 3 ni belanja rumah agak lebih dari biasa, untuk meringankan beban aku yang menanggung kos untuk lampin dan susu aku rela menggunakan lampin kain dari lampin pakai buang. Ok, aku mengaku semua belanja untuk anak aku tanggung sebab dear dah bagi izin aku kerja jadi untuk meringankan beban dear. Kadang-kadang dear dah bagi duit anak-anak pada mertua dah kak ipar. Senang kerja aku.

Sejak guna lampin kain memang terasa jimat, mana tidaknye sehari guna 5 helai kecuali tidur malam. Kadang kala dear pakaikan juga masa tidur malam tapi mujur tak melecet, heh orang laki ni kan main pakai je mana yang dia nak

Biasa pergi rumah kak ipar aku pakaikan lampin ni, disana aku tak bekalkan lampin kain sebab dear kata tak perlu. Pernah juga bawakan tapi kak ipar tak gunakan pula. Jadi guna sepenuhnya bila hujung minggu, jangan nak banyak songeh..orang dah tolong jagakan anak kita baik-baik jadi aku terima je la.

Bila pagi aku pakaikan petang kak ipar siap tolong basuhkan kalo Amsyar buang air besar. Dah la minum susu coklat, amsyar dah minumFM sebab dah tolak EBM dari umur setahuj lagi. Bayangkan anak yang minum susu coklat najisnya cam ne, haih tu yang kental juga bila kak ipar dah siap basuhkan.

Aku kumpul 2 3 hari baru basuh, rendam ngan sabun serbuk sikit biar wangi, gosok-gosok sikit biar hilang semua kotoran baru di bilas. Aku spinkan kat mesin basuh biar cepat kering. Insert dalam pernah aku basuh perah guna tangan 2 hari baru kering, dasyat kan.


Jemur dalam rumah je, sebab hari bekerja kan.



Dah kering boleh lipat masuk almari, aku terus masukkan insert sebab nak mudahkan dear untuk guna. Insert aku selang seli guna, yang dah guna hari ni aku lipat yang lipat aku guna masukkan dalam poket. Begitu la seterusnya biar adil sama rasa. ☺

Ok walaupun cuna ada 10 set je tapi aku rasa insyaAllah cukup untuk Amsyar guna sampai dia dah pandai buang air di tandas.

Saturday, May 16

Selamat Hari Guru

Assalam...

Ucapan buat semua dan guru-guru tersayang

Terima kasih cikgu


Anak-Anak Mama Hebat

Assalam...

Bila dah bercuti panjang blog pun ikut sama cuti panjang. Walau pun duduk di rumah je tapi tetap tiada masa terluang untuk diri sendiri. Terasa macam masih belum selesa lagi nak menguruskan anak 3 orang ni.

Lagi pulak sekarang ni musim demam, batuk dan selsema. Ketiga-tiga mereka berjangkit termasuk aku juga hinggakan hilang suara. Haih...memang pertama kali dalam sejarah batuk hingga hilang suara. Huhu...nak jawab telepon pun takut orang lain tak faham apa yang aku cakapkan.

Budak-budak memang lah mereka suka makan ubat tapi aku tak larat tengok derang sentiasa makan ubat je. Ada niat nak beli vitamin tambahan buat mereka sebab vitamin sekarang ni nampaknya kurang serasi.





Friday, May 15

Minggu peperiksaan

Assalam...

Sejak minggu lepas cikgu dah beritahu ibu bapa anak2 akan ada ujian dari 19 hingga 22 mei ini. Hati mula risau sebab ujian cuma untuk Amar seorang je, Ashraf 4 tahun tiada ujian pun. Lagipun macam tak berapa nampak perkembangan Amar ni berbanding Ashraf walaupun terkadang masa main tiba-tiba mengaji sendiri.



Sentiasa doakan yang terbaik buat anak-anak, walaupun ini permulaan mereka menghadapi ujian

Sunday, May 10

Di Tepian Pantai

Asssalam..

Sejak kebelakangan ni dear rajin pergi tarik ikan di pantai morib, aku teringin nak ikut tapi cuma melangut di tepi melayan amar dan ashraf je la.



Seronok dua orang ni dapat main pasir. Siap amar ulang tanye mane airnye ni ma... air laut tengah surut masa ni