Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Wednesday, October 9

WW - Bila En. LA Buat Hal

Assalam...

Kejadian berlaku minggu lepas, sakit hati pun ada tapi tetap syukur sebab Allah permudahkan segala urusan aku sepanjang hari tu.



Sampai 5 orang tolong tengokkan apa masalahnya...akhirnya ke bengkel terdekat juga jawapnya. Kesian dear, balik dari jauh perlu siapkan kos baiki en. LA ni.

Tuesday, October 8

Tak Puas Berjumpa

Assalam....

Haih...ish mengeluh pulak tapi terpaksa juga kan. Ini rasanya orang lain yang bercinta jarak jauh dan yang sudah berkahwin terpaksa berjarak jauh juga. Sedih sangat tau, 4 hari 4 malam berjumpa pun rasa langsung tak puas. Sekarang sedang mengenang masa-masa berlalu.

Allahuakbar...

Eh....4 hari 4 malam tu kami masing-masing sibuk tau. Dear dengan tugas dear dirumah MIL dan aku tetap dengan tugas aku juga...sibuk tau, tersangat sibuk sampaikan tidur malam kami pun kelam kabut jadinya.

Malam ni pun badan Amar mula panas, harap-harap tidak teruk. Tak pasti ini demam rindu ke apa plak.

Berharap 2 minggu lagi dear balik dan kami dapat habiskan masa di rumah je...hahaha..

Saturday, October 5

Menu Permintaan.

Assalam...

Hari Khamis lalu ingatkan boleh dapat balik kerja awal sekali bos ajak borak-borak pula. Terpaksa balik kerja pukul 6.30 petang. Hajat  mahu singgah kedai runcit tanpa anak-anak sebab senang nak pilih barang, terus bayar dan balik.

Apsal nak pergi  kedai sangat? ha....Sebab ni la...
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
Bawang goreng  + cili padi dan ikan bilis.

Sambal tempe dan ikan bilis.

Ikan sepat masin.
Semua di  atas adalah permintaan dear, alang-alang dear balik lewat malam aku siap awal juga. Seawal jam 9 malam semua dah sedia termasuk nasi. Hish...lama tak masakkan sebab tu terpaksa pergi kedai beli bahan. hehe


Friday, October 4

Persiapan & Majlis Akad Nikah

Assalam...

Syukur Allah telah pun menyempurnakan majlis akad nikah adik dear minggu lepas. Walau pun persiapan kami boleh di katakan di saat terakhir tapi alhamdulillah yang penting bila bekerjasama memang semuanya menjadi senang....teringat lagu wonderpets plak.

Ini gambar petang jumaat minggu lepas selepas aku balik kerja. Memandangkan aku kerja dihantar dan di ambil oleh bakal pengatin jadi aku terpaksa menunggu dia sampai walau pun lewat 10 minit ok. Elok-elok sampai rumah tengok-tengok akak ipar tengah tungkus lumus nak buat sireh junjung....auw....


Dah alang-alang nampak takkan sedap-sedap je nak balik umah kan, jadi sila lah tolong mana yang mampu. Tau-tau ada 5 dulang kami semua perlu sediakan. Akhirnya pukul 9.30 malam baru balik rumah itu pun sebab anak-anak sudah keletihan dan mengantuk. Aku pun dah tak selesa sebab belum mandi lagi...dah macam bau kambing je rasanya. :p

Yang ni gambar hari nikah, aku tengok pengantin serius tenang je...huhu.walau pun ada sambal belacan tetap dia tak lalu makan...ahaks!

Menggayakan cermin mata papa...aka pak cik saudaranya la,


Amar ajar Ashraf buat 'peace' tapi dia pun salah.


Hasil keras tangan kami semua.

Macam-macam gaya budak sorang ni.

Roti jala cicah ngan kuah durian..sedap
Ha....majlis tu kalau ikut rancangan bermula pukul 2 petang tapi bila ramai-ramai ni kan mesti terlewat juga. Hampir pukul 3 petang baru adik dear bernikah. Mujur tok kadi tak balik umah. Hehe...

Dalam panas-panas dan kelaparan tu, aku sempat suapkan Amar nasi tapi Ashraf hilang entah kemana. Haih budak sorang tu sibuk je nak kesana-kesini...takut sangat aku kalau kejalan raya pula dia. Aku cuma makan roti jala sahaja, sedap bila sesekali makan durian ni. Ha...tunggu dear balik nak mintakan dear belikan durian yang sedap. Aku boleh beli sendiri cuma aku takut nanti kalau beli tak sedap aku rasa merugikan sangat duit aku. haha...

Alhamdulillah adik dear selamat nikah cuma dengan sekali lafaz, syukur dapat jadi mata dan telinga buat dear yang jauh...dalam kerinduan aku tetap lakukan yang terbaik di sini.

Haih...mood rindu tersangat-sangat ni, setakat ini sudah 24 hari belum bertemu. Uwa......

p/s : jangan tanya mana gambar pengantin...nanti kenduri kat sini aku ambil ek, kat umah orang ni tak terlayan budak-budak ni jadi tak kuasa nak bawa kamera ke hulu ke hilir.

Thursday, October 3

Kenduri Doa Selamat Mula Kerja.

Assalam...

Ini kisah semasa cuti Hari Malaysia lepas, dah agak lama tapi baru ada kesempatan masa untuk di ceritakan. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar, kenduri ini semperna untuk kenduri doa selamat mulakan kerja-kerja persediaan untuk majlis perkahwinan adik dear. Insyaallah akan berlangsung hujung minggu ini. Minggu lalu sudah pun selamat nikah dan selamat juga majlis di sebelah perempuan.


Amar dan Ashraf makan karipap air tangan mak lang yang memang sedap.

Pengantin di paksa menjaga sup ayam.

Kuih donat memang menu wajib setiap kenduri di rumah MIL, air tangan mak lang memang sedap semua kuih-kuihnya.

Lauk pauk yang sudah siap di masak dan tunggu untuk di bungkuskan.

Makanan yang telah di bungkus akan di edarkan pada jiran dan tetamu yang datang.

Kuih dan buah-buahan untuk jamuan tetamu, nasi kami bungkus siap-siap.
Syukur dengan majlis yang berlangsung dengan meriah, walau pun dear tak ada di sisi kami tapi kami tetap meriahkan juga majlis kenduri ni.

Semoga persiapan MIL lebih lancar dan sempurna hendaknya. :)