Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Friday, May 20

Tak Sekolah

Assalam...

Beberapa hari lepas aku dapat jemputan khas ke rumah kak ipar sebelah rumah. Ada sambutan hari lahir anaknya yang nombor 3 dah berusia 7 tahun. Ramai anak-anak jiran yang datang sebab majlis cuma di buat untuk kanak-kanak je. Aku join sama sebab Amsyar nak ikut abang-abangnya. Terpaksa tinggalkan kulit popia yang dah siap gulung.

Cuaca pula hujan lebat dan ada guruh juga. Lebih sejam terperangkap di situ. Sambil tunggu hujan berhenti sempat berborak dengan kak ipar, walaupun rumah sebelah je hujung minggu baru dapat berborak ye.

Katanya anak jiran dah tak bersekolah agama, umur baru 12 tahun. Kesian sangat bila aku dapat tahu. Sekurang-kurangnya ini tahun akhir sekolah agama tahun depan cuma sekolah 1 sesi je. Maknya kata anaknya dah tak berminat nak belajar. Hakikatnya kami jiran-jiran semua tahu, mak ayah berniaga anak yang sulung dah tak tinggal sama jadi tanggungjawab jatuh pada anak ke 2. MasyaAllah..kesian sangat aku rasa.

Anak sulung tak mahu jaga adik sebab bersekolah petang, tinggal berasingan dari keluarga, aduhai..kenapa mak ayah nya jadi begitu. Dunia sekarang perlukan duit, sampai ada yang sanggup mencuri inikan pula anak yang menjadi korban. Untuk ingatan aku dan semua berjimatlah, sentiasa bersyukur dengan rezeki yang Allah bagi. Mungkin di duga sekarang, akan datang kita belum pasti. Kasihan kalau anak yang sepatutnya sekolah di berhentikan, sanggup ke bayangkan apa akan jadi pada anak itu dengan dunia sekarang yang sangat mencabar.

InsyaAllah aku doakan anak itu berjaya kelak. Amin.. aku tak berniat menjatuhkan maruah dia cuma aku berkongsi yang dia susah dan aku pun bukan juga orang senang.

Thursday, May 12

Cream puff untuk minum petang

Assalam...

Sejak anak suka makan apa je yang aku masak jadi setiap hujung minggu mesti cuba buatkan makanan untuk hero 3 orang tu. Termasuk dear sekali la, maklum saja selera bapanya pun sama je dengan anak-anak.

Mencuba membuat krim puff untuk kali kedua, dalam minda dah set nak buat besar dari kali pertama yang cuma bersaiz duit syiling lama lima puluh sen tu. Nak buat besar bola snuker..ha berjaya. Lagi pun bila buat besar lebih cepat adunan siap dan habis di bakar, maklum saja Amsyar pantang nampak aku lama di dapur

Resepi krim puff
1 cawan air
2 sudu majerin
1 cawan tepung gandum
3 biji telur
Sedikit baking powder

Caranya
1. Masak air dan majerin hingga cair dan sekata
2. Ayak tepung gandum dan baking powder
3. Tuang tepung dalam periuk berisi air dn majerin tadi dan gaul hingga sekata dan biarkan sejuk
4. Tepung dah sejuk boleh masukkan telur sebiji demi sebiji
5. Masukkan dalam piping beg dan terpulang nak guna nozzle jenis mana sekali pun, ikut cara sendiri
6. Paipkan adunan dan tekankan tanduk tepung menggunakan air. Maksudnya hujung jari di basahkan untuk tekan tanduk selepas paipkan adunan
7. Bakar api atas bawah suhu 190' 15 pertama, 180 api atas 15 minit kedua

Inti kastad
Bahan
1. 1/2 cawan susu cair
2. 2 sudu gula kastor
3. 1 sudu tepung jagung
4. 1 sudu tepung kastad

Cara
1. Masak semua bahan di atas dapur dengan api kecil sehingga likat.

Boleh paipkan inti kastad dalam puff, dan ditabur gula icing untuk gaya yang menarik. Ha..mudah kan.

Memang aku akan buat selalu ok sebab dear boleh makan dan anak aku pun semua boleh makan. Syukur derang semua makan je apa yang aku masak.

Nak bagi menarik ada yang letak pewarna, bagi puff tu warna merah macam red velvet, insyallah lain kali nak cuba pula.


Ini puff yang baru keluar oven, yang sejuk dah selamat masuk mulut anak-anak aku. 😃