Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Friday, December 16

Amar Bersunat

Assalam..

Syukur Amar dah selesai bersunat rabu lepas. Dear pergi klinik berdua dengan Amar sebab kalau aku ikut sama nanti Ashraf dan Amsyar pun mesti nak ikut juga, jadi lebih baik tunggu di rumah. Kebetulan mak dan abang datang dari kampung petang selasa tu, tak sampai hati juga nak biarkan tunggu kat rumah.

Abaikan dinding yang di conteng 3 budak ni

Ashraf nak bergambar dengan Amar

Amar sunat seorang sebab Ashraf tukar pikiran bagitau tunggu umur 9 tahun baru dia nak sunat. Aduhai nak...lama lagi la mama nak tunggu.

Yang dah selesai baru sorang ada lagi 2 orang, teruja juga tunggu Amar nak sunat hari tu. Tunggu mama last kerja jumaat lepas, sabtu pagi terus pergi redah cari klinik nak daftar untuk sunat. Survey 2 3 klinik tapi semua dah tutup untuk pendaftaran, boleh jadi pengajaran bila hujung tahun bulan 10 atau 11 terus pergi book tempat sunat. Kalau lambat memang tak ada pilihan. Ini pengalaman pertama kami kan.

Tu Amar tak ada gantung tali sebab dear malas nak memanjat, jadinya abang aku bagi idea guna mangkuk/ besen. Guna cawan air pilistrin pun boleh tapi tebuk lubang biar ada ruang udara keluar masuk.

Penjagaan setakat ni dari segi makan memang aku beratkan, pantang dulu dari makan ayam dan telur. Air sejuk pun aku tak bagi. Tunggu dulu sampai hari ke 5 ke baru aku bagi. Kejam tak ye? Sebab takut nanti luka lambat baik.

Rezeki Amar memang murah, kawan-kawan memancing dear ada juga yang bagi sedekah ikan haruan liar yang mereka pancing. Kesian dear sebab rancang nak memancing nak dapatkan ikan haruan tapi dapat ikan keli..itu jadi rezeki aku dan Ashraf la. Jiran-jiran pun ada datang melawat, syukur jiran sini sepakat.

No comments: