Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Wednesday, August 27

Masak VS Beli

Assalam...

Sejak dear duduk rumah ni rajin sangat dear beli lauk basah untuk aku masak. Aduh...penat tau, balik kerja hampir pukul 7.00 malam sampai rumah terus berkencah di dapur tu hampir sejam. Jangan tanya aku pasal drama popular TV3 jam 7.00 malam tu ek, memang tak layan tv langsung sekarang ni.

Malam tadi terasa nak tanya pada dear sebab aku dah siap masak tapi akak ipar sebelah rumah ajak makan rumah dia. Rezeki sapa nak tolak kan...tapi tu la masakkan aku langsung tak di jamah pun. Sedih!

Aku tanya dear mana lagi untung sama ada beli atau masak...jawab dear untuk masak sebab boleh tambah kalau masih belum kenyang.

Tanya lagi mana lagi jimat sama ada masak atau beli...jawab dear beli memang jimat sebab dapat makan sekali je, kalau masak tak jimat sebab kuantiti masakkan mesti bukan untuk sekali makan berbanding makanan beli. Tambahan boleh makan sampai tengahari...sebab aku hari-hari bawa bekal pergi kerja sekarang. Jimat RM 5.00 ke RM 10.00 sehari.

Tanya lagi mana lagi senang sama ada masak atau beli...jawab dear beli memang senang tapi masak di rumah lagi senang sebab kita tau bahan yang kita masukkan dalam masakan...senang di kemudian hari katanya.

Tanya lagi mana lagi sedap sama ada masak atau beli...jawab dear memang la beli lagi sedap sebab mereka berniaga, kalau tak sedap takkan pelanggan nak datang makan. Tapi masak sendiri lagi sedap sebab penuh kasih sayang.

Aih....bila dear ada kat rumah mesti jadi berganda-ganda rajin la nampak gayanya...tak pe 5 hari je penat 2 hari tu masak secara santai je. Masak pun untuk diri sendiri dan keluarga jadi jangan nak merungut lebih-lebih pula.

Thursday, August 21

Setelah Sekian Lama

Assalam...

Ya Allah dah lama aku tinggalkan blog ni maklum saja sudah ada baby baru jadi masa jadi terhad. Haih bukan merungut tapi bersyukur sekurang-kurangnya bila sibuk terasa hidup ini lebih indah...indah lebih lagi di kelilingi oleh insan tersayang.

Rutin harian jauh berbeza sekarang, mana tidaknya tidur seawal pukul 9 malam bangun tengah malam atau pun awal pagi (5.00 pagi) untuk menyelesaikan kerja rumah. Melipat kain setiap hari agar tiada bakul yang berisi kain dan sangat menyusahkan dear untuk mencari pakaian (dear jenis asingkan suka asingkan baju kerja biar baju yang . Basuh pinggan, buang sampah dan kemaskan peralatan menyusu Amsyar biar semuanya bersih dan senang nak di gunakan keesokkan harinya atau paginya.

Belum lagi hal masak, kemas rumah dan kemaskan semua persiapan anak-anak dan dear. Fuh....telan air liur dulu baru taip...hehe

Tak pe jangan taip sebab siapa yang dah ada anak lebih seorang mesti faham kan, mesti dah rasa...aku tau sebab bukan aku seorang je ada anak 3 tapi orang lain ada anak lebih dari 3 tapi masih rilex je kan. Ini contohnya kakak ipar aku sendiri...mana tak rilex sebab anak-anak dia yang dah besar tolong buatkan kerja rumah sama-sama. Yahoo....syoknya!

Eh....melalut dah, ni la kes lama tak menaip kan semua dah kelaut...nuffnang pun tak kuasa nak letak iklan kat blog ni asyik tak update je kan.

Maklum saja masa sekarang lebih berharga, masa kerja aku kena kerja...walau pun ada juga curi tulang, masa dengan keluarga aku habiskan untuk mereka. Syok tau ada baby lagi, lebih-lebih lagi bila dear ada di samping aku untuk membantu. Alhamdulillah Allah kurniakan aku suami yang ringan tangan membantu aku setiap masa.

Syukur juga Allah masih memberikan kami untuk meraikan ulangtahun pernikahan kami kali ke 8 tahun ini. Kek kami tahun ini kami wakilkan anak-anak kami potongkan. Kalau dulu sebiji kek SR ni dekat seminggu baru habis tapi kali ni cuma 3 hari saja sudah selesai. Nampak sangat selera makan anak-anak aku sekarang ni. Tak pun sama naik dengan ayah mereka. Berebut-rebut minta aku suapkan, tengok....ke tangan aku ni manis sangat ek? :p

Cukup lah tu dari tak menulis langsung, ikutkan hati banyak nak di tulis, di ceritakan tapi perlahan-lahan aku tuliskan eh (ni pun curi-curi masa makan kat office)...semuanya aku akan penuhkan dalam draft dulu sebab nak tulis sedikit pun ambil masa yang agak lama. Adoi...rasa sibuk sangat kadang kala mengalahkan pak menteri pulak. :)