Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Wednesday, July 15

Salam Aidilfitri 2015

Assalam...

Pagi-pagi lagi dear dah selesaikan urusan zakat fitrah kami sekeluarga, syukur dengan rezeki yang Allah beri. Bila dah bayar zakat bermakna raya tidak lama lagi, moga bertemu ramadhan akan datang.

Tahun ni giliran raya di klang jadi kami sempat bersiap mengemas rumah. Walaupum budget terhad tapi alhamdulillah cantik pada aku dan keluarga. Niat hati nak cat dinding warna lain tapi dear tak benarkan..nak beli kain buat langsir baru, tapi mujur ada akak ipar nak buamg langsir lama yang masih cantik untuk alu guna. Cuma tiada gubahan bunga je sebab takut menjadi tempat pembiakkan habuk.  Yang penting kami semua selesa tinggal dalam rumah.

Tahun ni cuti raya 4 hari, konon hari khamis nak kerja tapi kasihan dengam Mil dan kak ipar sebab mereka nak masak dan kemas rumah. Mujur bos ok, kerja yang penting semua aku dah selesaikan agar senang bila aku nak guna masa masuk kerja nanti.

Insyaallah kami akan balik kampung hari raya ke 3 dan pulang ke klang hari selasa atau rabu. Anak-anak cuti sekolah lebih seminggu jadi tiada masalah melibatkan ponteng sekolah.



Buat semua selamat hari raya, maaf andai ada terkasr kata..mohon ampun semua dosa..berhati-hati dijalan raya, maklum saja balik raya jalan jem teruk, jadi bersabarlah semtiasa.

Friday, July 10

Hamper Raya

Assalam...

Minggu ni subcon datang pejabat bawakan sesuatu buat aku dan kawan yang berbangsa melayu. Alhamdulillah rezeki tahun ke 2 aku di sini, pertama kali dapat hamper untuk hari raya puasa. Selalu ada hamper untuk hari raya cina ja kan.

Walaupun hamper kecil je tapi niat dia nak bagi ni cukup aku 'salute' walaupun berlainan agama dan budaya. Syukur kerana dia tahu sedikit sebanyak pasal islam sebab ramai pekerja nya terdiri dari orang indonesia yang kuat berpegang pada ajaran islam.



Dapat 3 bungkus biskut ni pun jadi lah kan, boleh buat kudap-kudap tengok drama raya nanti. Eh...silap-silap sebelum raya dah habis dimakan anak-anak.

Thursday, July 9

Hadiah Buat Anak

Assalam...

Bila anak gembira kita pun gembira juga kan, seronok sangat bila dapat gembirakan anak-anak. Alhamdulillah rezeki Allah bagi buat kami jadi kami kongsikan dengan anak-anak. Bukan apa dah lama anak-anak ni minta basikal memandangkan jiran-jiran ada basikal sorang satu. Haih...duduk berjiran macam ni la kan. Sabar je sejak dari belum keluar Amsyar hingga lah Amsyar dah pandai jalan baru kami belikan mereka basikal. Itu pun dear tak bagi main depan rumah sebab banyak kereta keluar masuk, bahaya. Anak-anak jiran biarlahh mak mereka ada sentiasa memerhati.

Lagi pun aku balik kerja pukul 6 petang sampai rumah pukul 7 maklum saja la perangai anak ni kan. Sorang macam ni, sorang macam tu. Pening jadi baik





Setelah sekian lama basikal tu ada di rumah mak lang tiba-tiba Ashraf suarakan hasrat mahu bawa basikal balik rumah. Tapi dear tak benarkan sebab kami ada di rumah cuma hujung minggu sahaja, lagipun rasa tak sedap hati kalau letak kat rumah. Ada jiran yang anak mereka akan main sesuka hati walau pun kami ada di rumah atau tidak. Nanti rosak bukan boleh nak minta mereka baiki maklum saja kami sudah kenal lama jiran kami ni. Dari terjadinya perbalahan lebih baik kami tinggalkan di rumah nenek dan mak lang, mainlah Amar dan Ashraf puas-puas di sana hendaknya.

Wednesday, July 8

Keputusan Peperiksaan Amar

Assalam...

Sudah hampir sebulan berlalu, syukur keputusan peperiksaan Amar agak baik jua kecuali ade subjek yang keputusan agak kurang baik. Tetapi secara keseluruhan alhamdulillah aku dan dear puas hati, walaupun die tak banyak tunjukkan perkembangan kepada kami tapi sekurang-kurangnye dia mampu buat dengan baik.

Ada yang pelawa kami untuk mohon pra sekolah tapi rasanya buat masa ni kami rasa belajar di Pasti pun boleh juga. Lagipun tak sedap pula bila Ashraf belajar di Pasti Amar pula di pre sekolah. Macam di asing-asingkan pula.

Ada rezeki kami ingin daftarkan disekolah berdekatan rumah MIL, untuk belajar ilmu dunia dan akhirat di 1 tempat. Moga dipermudahkan nanti, ada lagi setahun untuk melihat perkembangan seterusnya.