Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Saturday, June 7

Proses Bersalinkan Putera Ke 3 Kami

Assalam...

Alhamdulillah…Allah masih memberikan aku kesempatan untuk meninggalkan jejak setelah hampir sebulan tidak menaip. Bila anak ada 3 sibuknya jadi lain macam pula. Syukur anak-anak sentiasa memberikan kerjasama bila ayah mereka jauh di mata. Tempoh pantang pun hampir ke penghujung. Semoga Allah berikan kekuatan nak menghabiskan sisa baki yang tinggal 2 hari je lagi.

Malam ni tiba-tiba terasa nak menulis mungkin gian nak menaip maklum saja bila hari-hari sebelum ni sentiasa memandang dan menggunakan computer jadi rimas pun ada. Tapi bila berehat lama jadi gian jadinya.

Terasa nak bercerita tentang kelahiran terindah putera ke 3 keluarga kami. Syukur sekarang anak dah 3 dan tanggungjawab datang bersama untuk mencorakkannya agar menjadi anak yang soleh dan sentiasa mengingati Allah. Bak kata kak Nur Bijen anak ada 3 memang terasa ramai. Realiti!

27.4.2014 8.00 Pagi

Dear bawa Amar dan Ashraf untuk ditinggalkan dirumah nenek sebab kami tak pasti kalau-kalau aku tiba-tiba boleh bersalin hari tu juga. Jadi MIL dan kakak ipar pun kami dah maklumkan awal-awal nak tinggalkan anak-anak dengan mereka. Alhamdulillah senang berurusan dengan keluarga sendiri kan.

Sampai di Poliklinik Barakah hampir pukul 8.30 pagi walaupun jadual urusan berjumpa Dr bermula pukul 9.00 pagi tapi seawal itu sudah ada begitu ramai ibu mengandung yang datang. Selesai daftar kami pergi minum di kedai makan berdekatan dengan poliklinik. Dear beli surat khabar, jadi sambil minum kami baca surat khabar tapi yang pasti dalam hati masing-masing dah berdebar-debar. Masyallah…memang rasa seram masa tu, seram kenapa tu taktau nak jawab kenapa.

Lebih kurang pukul 10.00 lebih kami masuk ke klinik dan menunggu sehingga nama dipanggil. Hampir pukul 11.00 pagi baru dapat berjumpa Dr Khiriah. Dalam hati berharap dapat bersalin hari itu juga. Biar cepat jangan lambat sebab dah tak selesa nak bawa perut pergi kerja mengadap kerja yang taksudah-sudah.

Jumpa Dr dia Tanya pasal kandungan sedikit kemudianscan. Selepas scan Dr kata masih boleh tunggu hingga hari due iaitu hari Rabu (30.4.2014) tapi tak tau kenapa aku mintak Dr buat VE (Vagina Examination) sebab aku macam  ada rasa sakit tapi tak begitu kuat. Selepas Dr cek VE memang jalan dah buka 4cm…Huhu…4cm tau masa tu langsung tak rasa sakit yang kerap atau kuat.

Dr masih kata sama ada mahu tunggu atau terus masuk wad, jadi dear buat keputusan terus keluarkan hari itu juga takut kalau balik tiba-tiba sakit jadi masalah pula. Makanya terus daftar masuk wad setelah bayaran di poliklinik kami selesaikan.

Terus diminta masuk bilik bersalin bukan masuk wad seperti nak melahirkan Ashraf dulu. Mak ai…terkejut tau, lagi jadi takut rasanya. Mula-mula buat CTG selama 20minit kemudian nurse bagi ubat buang air besar dan terus dapat uniform klinik.

Selesai urusan ditandas dan tukar uniform segalanya bermula…huhu dear pun nampak macam cemas walaupun ini anak ke 3 kami. Adatlah kan, kelahiran setiap anak pasti tak sama prosesnya. Masuk IV dan terus berada di atas katil dengan alat CTG sentiasa meneaman. Dear sekejap keluar dek kerana suhu dalam bilik bersalin tersangat sejuk tapi bila aku minta tolong sesiapa hantarkan baju tebal dear tak mahu. Haih…sabar je la mujur aku tak sakit lagi masa tu.

Tengahari kami diberikan bubur nasi dan air kosong sebagai santapan tengahari kami. Paksa  dear pergi makan tak selera katanya sebab aku tak makan sama. Ceh! Jadi sama-sama makan bubur nasi klinik je la.
Dari pukul 12.00 tengahari hingga ke 4.00 petang air ketuban masih belum pecah. Dr tak nak pecahkan kalau boleh tunggu pecah sendiri sebelum pukul 5.00 petang.

Setiap kali nurse masuk bilik dia cek IV mesti tanya taksakit kuat lagike? Mana taknya aku masih boleh tengok Facebook lagi. Huhu…siap baca mastika yang dear beli. Nurse siap pelawa tak nak ambil ubat tahan sakit ke…maaflah aku tak nak sebab aku mampu tahan sakit ni lagi.bukan berlagak tapi aku lagi selesa merasa sakit yang sementara tu untuk ingatan diri sendiri kelak.

Pukul 4.30 petang segala  sakit mula  terasa, wah….macam tak terduga sakit datang sebelum air ketuban pecah. Sebelum ni Amar dengan  Ashraf sakitnya datang selepas air ketuban pecah tapi kali ini sakitnya datang sebelum pula.

Dr jangkakan aku bersalin selepas pukul 5.00 petang, bukaan VE pukul 4.00 petang masih 6cm jadi mereka jangkakan mungkin aku bersalin lewat petang. Dr pun tiada di klinik petang tu mungkin on call agaknya lagi pun hari ahad kan. Mahu luangkan masa dengan keluarga agaknya.

Sakit yang amat sangat aku rasa sampaikan dear pun pelik, nurse kat sana lagi la terkejut aku dah sakit-sakit. Paling tak boleh tahan bila dear pun sama panik tengok aku. Nurse datang cek VE dan  memang aku dah nak bersalin masa tu, tunggu masa nak teran je. Alamak Dr tak ada la pula masa tu tapi nurse yang ada cepat-cepat siapkan apa yang patut.

Dah siap apa yang patut terus minta aku teran bila dia tanya aku ada rasa nak teran tak..

Alhamdulillah 3 kali teran terus keluar. Syukur Allah permudahkan perjalan aku untuk bersalinkan anak ke 3 kami ni. Sebenarnya Dr sampai lebih kurang 5 minit selepas aku bersalin. Wah….dia pun terkejut tapi dia tak marah pun asalkan baby dah keluar tinggal nak keluarkan uri je kan. Hehe…


Siapa namanya? Nanti aku sambung lain kali ye, gambar pun banyak dear yang ambil sebab aku tiada hati nak ambil gambar semasa mengandung kali ni.  Teruk betul bila fikir balik sebab tiada kenangan.