Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Sunday, January 22

Zikri Ashraf Turun Tanah

Assalam...

Dah malam-malam baru ada kesempatan nak coretkan kenangan lama anak-anak. Harap-harap masih segar dalam ingatan lagi kisah yang berlaku 2 minggu lepas. Ahaks!

Penghujung tahun baru dear aturkan untuk buat majlis ini tanpa dirancang dengan rapi kecuali 2 hari sebelum hari kejadian. Ish...tetiba pula la dear nak buat ingatkan tak nak buat. Mujur semuanya senang, mudah dan mampu untuk kami laksanakan. Jemput adik beradik dan sedara mara terdekat datang makan tengahari dan makan bubur candil.

Bubur Candil

Comel...nampak macam geli je nak pijak tanah.
Nak cerita panjang lagi, tapi lebih baik tidur...ahaha...maklum saja cuti tapi esok ada aktiviti kat umah mertua. Kenduri tahlil arwah bapa mertua tahun ke 3. Perlu bangun lebih awal, insyaAllah yang lain akan di updatekan perlahan-lahan juga. :)

Monday, January 16

Sinis

Assalam...

Lupakan tekanan segala itu, mari berehat tenangkan minda ok. Minggu lepas aku pergi jalan-jalan di Jusco Bukit Tinggi habiskan duit yang ada ahaks!. Teringat pula nak beli pregnency test, maklum saja anak dah 2 dan rapat-rapat pulak kan jadinya perlu la sentiasa berjaga-jaga.

Dulu masa belum ada anak tunggu result nak +ve tapi sekarang bila tunggu result pastinya nak -ve. Bukan apa kalau nak ada anak pun jangan la sekarang, belum sedia lagi. Maklum saja banyak perkara yang perlu di ambil kira.

Budak yang jaga kaunter farmasi tu tersengih-sengih je bila tengok aku cuma beli pregnency test tu je. Ayark! memang sinis kot beli barang ni...seribu soalan yang nak aku luahkan pada budak itu tapi sabar je la, mungkin dia tak nampak Zikri kot tu yang senyum sinis agaknya.

Tapi apa salahnya senyum dengan ikhlas, buat orang jadi serba salah pulak membeli. Sebab tu aku suka minta dear belikan pregnency test ni, senang! :)

Tekanan

Assalam...

Tersangat tidak ada mood nak berblog hari ini, baca apa yang patut dan mulakan kerja. Pandang kerja rasa macam nampak gula-gula tapi bila di telan amat pahit!

Stress yang amat kerja kali ini hinggakan sepanjang hari semalam langsung tak dapat buat kerja, jamah makan apatah lagi dan anak-anak...mereka lah penguat aku sepanjang masa.

Ya Allah, Kau berikan lah aku kekuatan untuk hadapi segala cabaran dan rintangan yang maha dasyat ini. Semoga aku mampu berdiri dan berpijak di bumi nyataMu ini. Wahai anak semoga kamu sentiasa menjadi penguat mama untuk terus kuat menghadapi segala dugaan ini. Amin!

Thursday, January 12

Makanan

Assalam...

Banyak perkara nak cerita kat sini, sejak masuk awal tahun 2012 ni ada banyak aktiviti yang aku dah lakukan dengan keluarga mertua aku. Kakak ipar yang sporting habis jadinya memang havoc la rumah mertua bila tiba hujung minggu.

Awal tahun di mulakan dengan Ashraf turun tanah. (bakal di ceritakan akan datang).

Minggu ke 2 awal tahun kakak ipar buat makan-makan pulut kuning sebab anak sulungnya sudah naik baca Al-Quran. Alhamdulillah (bakal juga di ceritakan akan datang).

Hari ini nak cerita yang mudah saja, santai dan cukup relax. Pasal aku memang tengah sibuk dan terkejar-kejar dengan masa.

Kelmarin dear belikan mee kari, kuih putu bambu, kuih peneram (betul ke eh namanya ni?) dan soto untuk anak-anak. Kebetulan malam kelmarin jiran sebelah rumah hantar laksa. Ish...semuanya sedap kan!

Kuih peneram.

Kuah laksa

Kuih putu bambu perisa pandan

Teh panas
Agak dasyat juga menu malam tu pasal aku makan seorang diri. Anak-anak aku dah bagi makan awal-awal pasal pukul 8.00 malam je aku dah ajak masuk tidur. Senang aku nak makan dengan aman. Lagi 1 hal siapa suruh mereka bangun pagi awal-awal kan, jadinya malam aku paksa tidur lebih awal. Setakat ni mudah, cuma kadang-kadang susah juga la nak tidurkan mereka ni sampai maknya pun tertidur sekali.

Ok, perlu mulakan kerja untuk hari ini... :)

Saturday, January 7

Tahun Baru 2012

Assalam...

Salam tahun baru semua! Belum ada kesempatan masa untuk tinggalkan coretan peristiwa untuk tahun 2012 ni. Sibuk sepanjang hari berkerja dan dirumah memang tidak mampu nak online dengan masa yang lama. Banyak peristiwa manis berlaku sejak bermula tahun baru ini dan akan aku kongsikan satu persatu bila ada kelapangan masa.

2011 banyak kenangan manis!

:)