Assalam...
Hari terakhir bekerja di bulan January 2013 dan bulan depan akan
bercuti panjang semula. Hehe...ada lagi kurang seminggu, 4 hari je
lagi untuk aku bekerja di sini. Eh....jangan terkejut, aku sekarang
sudah ditukarkan ke department yang kejam....kenapa kejam? Ha....yang
tu kalau nak tau kerja sini dulu la baru tahu. Buat masa ni aku tak
nak ceritakan kenapa aku kata syarikat aku kerja sekarang kejam. :p
Bosan tau, bila pindah department lain. Sunyi sepi tak ada bunyi,
nak sembang tak boleh...nak jalan-jalan sangat pun tak boleh. CCTV
merata dah tu bos pantang nampak aku hilang. Ada je yang dia nak bagi
aku buat keje.
Paling seronok dapat turun naik tangga lebih 5 kali sehari tiga
tingkat bangunan. Kekadang boleh jalan pergi gudang, lagi aku suka
boleh jalan jauh sikit....huhu...senaman kaki aku tiap-tiap hari.
Harap-harap genap sebulan aku keje department ni boleh la turun
sekilo dua. :p
Buat sementara ni aku masih belum ada tawaran kerja lagi tapi aku
tetap berani dengan keputusan aku untuk duduk rumah buat sementara
waktu. Memang susah tapi lagi susah bila setiap pagi bangun pagi
tiada semangat mahu pergi kerja. ha..... langsung tak ada motivasi
bila pagi-pagi mahu pergi kerja, kan lagi susah...
Kalau di ikutkan tak nak berenti sekarang tunggu dapat tawaran
kerja lain tapi boleh tahan ke bila bos nak marah-marah sebab tak ada
benda nak buat? Boleh tahan ke kene jerkah bila tersalah sikit buat
kerja. Ha...memang adat kerja kan, tapi kalau staff di perlakukan
macam hamba aku tak boleh tahan.
Kesian kat akak ipar, dia seronok jaga Ashraf tetiba dapat tau aku
berenti lagi sedih dia kata. Tapi insyaAllah bulan depan aku akan
cuba dapatkan kerja baru bukan untuk akak ipar aku tapi untuk aku
juga. :)
Sentiasa berharap tempat kerja akan datang tidak lagi seperti
sekarang. Terasa sangat-sangat menyesal tau kerja di sini.
Sekurang-kurangnya penyesalan aku masih ada kebaikkan, mendapat
banyak pengalaman beharga yang terlalu sukar untuk di cari
dimana-mana.
No comments:
Post a Comment