Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Monday, January 14

Biskut Biji Durian

Assalam...

Tak tau kat tempat lain panggil apa nama biskut ni. Tekstur macam roti kering tapi bersalut gula. Sedap sangat dan setakat ini aku hanya jumpa di kawasan Perak Tengah sahaja. Klang atau Shah Alam belum pernah nampak ada kedai yang menjual. Kedai borong biskut belum pernah aku pergi tak pasti ada atau pun tidak.

Ini kakak aku yang bawa, kirim pada mak dan syukur masih ada juga walaupun di kedai yang biasa ada jual kehabisan pula. Agak jauh dari rumah hinggakan kakak aku kata aku mengidam sebab mengandung....aih. Mengidam sebab dah lama tak makan. Kali terakhir makan masa dalam pantang Ashraf, sedap bila cicah dengan kopi.



Mak belikan sekilo dan dapat 2 bungkus. Mak ambil sedikit, penuh 1 botol untuk sebungkus je. Ha...saiz biskut besar syiling 50sen lama. Gemuk-gemuk dan lembut tapi kalau dulu-dulu punya agak keras dari sekarang. Perbezaan masa mengubah tekstur biskut ni rasanya kot...hehe.


Makan sorang-sorang pun layan juga. Ahaha...

 

2 comments:

nurbijen said...

tak pernah pula makan biskut ni... first time tahu :)

Azian & Zaini said...

ini terkenal kat tempat sy.hehe..ini makanan paling sy suka masa zaman kanak-kanak