Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Tuesday, January 22

Tangisan Di Tengah Malam

Assalam...

Ha...bagi tajuk yang agak menyeramkan..eh, memang seram tau. Bayangkan kanak-kanak menangis di tengah-tengah malam selama lebih 1 jam? ha....korang boleh tahan ke? aku tak boleh tahan kalau yang menangis tu anak aku.

Ini kisah anak jiran aku yang sudah hampir sebulan lebih berkeadaan sedemikian. Tak tahu apa punca, kata mamanya mahukan perhatian semenjak mamanya dapat baby baru. Tapi pada aku anaknya sudah 5 orang sekarang, tidak mungkin tidak ada pengalaman mengawal anak bila dapat baby baru..hehe.. aku pun dah pernah rasa kan masa dapat Ashraf, Amar ada rasa terpinggir...tapi syukur sebab dear banyak membantu. Hinggakan dear sanggup cuti dan bekerja sementara dengan abang aku di kampung.

Ok berbalik pada kisah anak jiran aku ni, setiap malam selepas pukul 12.00 malam pasti akan menangis. Aku tak tau kenapa mungkin dia mahu susu atau pun bermimpi yang seram.

Apa yang aku dengar dari rumah aku la kan, dari kakak, mama dan ayahnya semua sibuk marah-marah minta dia berhenti menangis. Pada aku la kan, apa salahnya anak ini di pujuk dahulu kemudian kalau tidak berhenti juga pasti ada sesuatu yang tidak kena. Siapa tahu terkena sebarang gangguan makhluk halus.

Bukan apa kita bukan tahu apa yang budak tu nampak kan...cubalah bawa anak tu berjumpa dengan imam ke, bacakan ayat-ayat suci ke...kot-kot budak tu senyap kan senang. Ini memberikan masalah pada jiran-jiran pula. Kalau sesekali boleh lah tapi ini hampir setiap hari. Pengsan nak dengar tau.

Nak tegur anak dia dah 5 orang, aku cuma ada 2 orang je. Jadi mahu tak mahu akak ipar aku sebelah rumah tu pun dengar sama. Sabarnya lah kami ni sebagai jiran-jiran kan.

p/s harap-harap malam selepas ini tiada lagi suara tangisan anaknya menggangu tidur kami. :p








No comments: