Assalam...
Dah hampir 2 minggu berlalu hari lahir dear. Haih....kesibukkan
teramat sampai terlupa nak coretkan kenangan. Tak ada kenangan sangat
la, tarikh hari lahir dear jatuh hari bekerja jadi tiada acara
makan-makan atau pun potong kek.
Awal-awal aku dah tanya sama ada mahu kek atau tidak. Mahu makan
apa aku akan cuba masakkan tapi dear tetap senang di jaga sentiasa
dengan jawapan nya. Tak mahu! Hehehe...tapi bila aku offer nak
buatkan kek span coklat untuk dear mula-mula nak tapi bila minta
tunda masak hujung minggu terus tak jadi sebab jiran sebelah rumah
MIL buat kenduri kahwin
Pengantin siap buat kambing dan ayam golek. Ha....tak kuasa aku
nak masak-masak lagi. Minta tunda hari Isnin cuti Thaipusam pun dear
sendiri kata tak nak. Lastnya petang tu balik dari pergi taman Amar
minta kek. Dapat la 2 potong kek dari kedai kek dekat dengan rumah.
Esoknya aku pergi Giant Kemuning Utama dengan kakak aku, aku
belikan lagi kek secret resepi 2 potong. Macam biasa Amar juga yang
menghabiskan. Dear langsung tak merasa....chait sampai hati Amar.
Jadi kesimpulannya kami suami isteri memang tak de niat langsung
nak raikan hari jadi dear tambah pula kenangan 3 tahun lepas. Arwah
FIL meninggak sehari selepas hari lahir dear sebab tu dear tak berapa
suka di raikan kot. Aku sekadar wish je, nak belikan hadiah pun tak
tau. Bukan sebab tak de yang nak di beli tapi dear dah pesan
awal-awal jangan beli apa-apa. Aku pun ikut je la kan.... :p
Ok tunggu bulan 3 atau 4 nanti. Kami raikan hari lahir Amar dan
Ashraf serentak. Senang....memang lain bulan tapi apa salahnya buat
sekali kan. Tak rajin nak berbelanja beli kek tiap-tiap bulan. :))
(kedekut ke ek?)
Untuk suamiku tersayang...
' Selamat hari lahir ke 35, insyaAllah tahun ini akan lebih mematangkan kita berbanding tahun sebelum ni. Yang penting tahun ini akan meraikan tahun ke 7 kita bernikah'
No comments:
Post a Comment