Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Thursday, January 3

Kongsi Ke Tidak

Assalam...

Ini apa yang aku dapat dari majalah yang ada dalam office aku. Almaklum lah, majalah di beri percuma sebab kami ada iklankan dalam majalah ni. Bos nak tengok dan setiap majalah kami dapat 4 ke 5 salinan percuma. 

Perihal kewangan suami isteri...sangat menarik! Hehe...Jadi adakah korang-korang semua merahsiakan pendapatan dan juga perbelanjaan korang pada suami atau isteri? hehe...

Jujur aku katakan aku masih berkongsi segala hal dengan dear. Faham-faham saja la kan, hasil pendapatan tidaklah besar mana jadi tersangat penting untuk kami berkongsi masalah kewangan masing-masing. Jadi setakat ini memang kami senang untuk kami berkongsi hidup dan berkongsi mengenai masalah kewangan masing-masing.

Yup, buatnya aku terlebih belanja bulan itu dan dear pula ada komitmen lain kan ke naya jadinya. Jadi untuk elakkan perkara tak elok berlaku akan datang lebih baik aku bincang elok-elok dengan dear.

Eh....pasal duit tolong jangan nak kedekat berkongsi ok, lagi pun bukan dengan orang lain tapi suami sendiri.

Sekarang gaji dear masuk sama tarikh dengan gaji aku, kalau sebelum ni gaji dear dapat 2 kali sebulan jadi senang untuk aku aturkan hal-hal yang mana patut bayar dan beli dahulu. Jadi sekarang semuanya perlu di selesaikan dengan baik dan sempurna agar tiada yang akan makan maggi kari selama seminggu berturut-turut dek kerana kewangan telah jauh terbabas dari landasan.

Semua bil dan apa juga bayaran yang patut di bayar akan aku selesaikan selepas masing-masing mendapat gaji. Semua duit dear yang aku guna untuk bayar sebab gaji dear masuk dalam bank rimau dan gaji aku dalam bank lain. Kami bayar bil semua guna bank rimau sebab senang dan mudah. Tak payah nak susah-susah ambil nombor, beratur dan habiskan masa menunggu untuk buat pembayaran.

Segala barang keperluan rumah dan anak-anak pun kami beli setiap awal bulan. Kiranya minggu pertama selepas gaji masing-masing akan sibuk beli barang atau pun kami keluar sama-sama untuk beli stok barang untuk sebulan kecuali makanan. Sesetengah makanan boleh beli pukal tapi sesetengan macam makanan basah memang tak patut.

Jadi bila masuk pertengahan bulan kami cuma perlu ada sedikit simpanan untuk belanja harian (minyak kereta/motor dan juga makanan). Mudah kan bila ada perancangan. :)


Syukur sebab aku dapat suami yang tidak pernah nak merahsiakan pendapatan dan semua perbelanjaan yang dear dapat.


Sekurang-kurangnya kalau kita tidak berahsia hubungan jadi lebih erat dan ikatan suami isteri pun terjalin lebih erat kan. Tapi semuanya terpulang pada hak masing-masing sebab nanti ada yang tidak selesa bila suami/isteri tahu gaji berapa, mungkin suami nak gunakan duit isteri/suami pula.

Eh yang paling bestkan bila dear selitkan duit dalam beg aku, ha....jangan ingat dear ambil duit tapi bagi aku duit lagi ada la.

Hehe...jadi sentiasa berjimat cermat ya untuk kesejahteraan hidup bersama. :p

2 comments:

nurbijen said...

Dari dulu lagi saya suka baca ur writing... suka cara pengolahan ayat yang sgt signifikan :)

Hubby mmg selalu ambil tahu pasal akaun saya sbb dia tahu saya mmg jarang ambil tahu ada berapa duit dlm bank... bahaya katanya, kalau hilang pun tak sedar, ekekekke

Azian & Zaini said...

k nur: terima kasih sbb sudi bc blog yg tak seberapa ni...

mujur ada yg nak ambil tau kan..lg senang