Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Saturday, January 19

Amar Lelah/Asma

Assalam...

Bila anak tidak sihat kami suami isteri pun tak senang. Awal tahun memang selalu begini. Dugaan Allah supaya kami sentiasa mengingatiNya. Semoga Allah berikan kami kesabaran dan kecekalan dalam menghadapi ujian ini.

Petang Jumaat balik kerja ambil Amar memang masih dengar lagi bunyi nafas yang agak kuat. Mahu atau tidak kami buat keputusan bawa ke klinik sekali lagi. Pergi klinik yang pernah kami pergi hari Selasa lepas. Senang kalau nak rujuk papehal kan.

Dr cadangkan ambil gas, mujur Amar senang nak dikawal...diam je



Bila Amar senang dikawal Ashraf pula yang bermacam-macam kerenahnya. Pening juga ek, melayan 2 hero ni. Macam mana orang lain yang ada anak 3/4 orang tu ye? :p



Ha...tengok la budak sorang ni, buat muka pelik bila tengok abangnya.

Harap-harap esok batuknya makin berkurangnya dan hilang. Tidur malam ni pun tak lena, dari pukul 10.00 malam tidur sudah 4 kali terjaga sebab batuk. Kalau masih belum hilang mungkin kami akan rujuk terus ke hospital agar tidak mudaratkan lagi teruk.
 

2 comments:

nurbijen said...

danish sekarang pun lelah jugak... tapi kat sini dokto tak bagi sedut gas... cuma legakan guna inhaler jer

Azian & Zaini said...

lain tempat lain cara pengubatan kan...terima je la seadanya :)

guna inhaler berapa lama tu kak?