Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Sunday, January 20

Viral Croup

Assalam...

Apa itu viral croup? Viral Croup bermaksud batuk yang teruk. Nak info lebih klik blog ni.

Pertama kali aku tahu bila bawa Amar ke Columbia hospital di Bukit Rimau...dasyat betul aku rasa sebab tak pernah terlintas nak bawa Amar ke Hospital swasta. Tahu sebab tak mampu nak tampung kos perubatan....senang pilih hospital kerajaan juga. Dr Zaidi yang periksa Amar pagi sabtu lepas bagitau aku Amar diserang peyakit ni. Terkejut sebab 2 kali kami pergi klinik tapi tak ada pula Dr disana bagitau. Ok...sini pakar, aku terima.

Dr Zaidi cadangkan Amar masuk wad tapi aku tolak dan aku minta surat rujukan untuk ke hospital lain. Rancangan mahu guna dihospital yang ada berdaftar dengan insuran yang kami beli. Perkhimatan di sini terbaik sesuai dengan harga yang aku bayar. Jadi selepas Dr.Zaidi berikan Amar gas dan periksa H1N1 kami boleh balik.

Dear cadang mahu bawa ke Columbia Puchong, tapi bila fikir lebih jauh dari rumah kami terus ke KPJ Seksyen 20, Shah Alam. Langsung tak menyangka hospital swasta tapi ramai betul orang yang datang. Pelik juga, tapi mungkin mereka boleh menuntut bayaran ataupun boleh menggunakan insuran masing-masing. Kami sampai pukul 11.00 pagi, pukul 12.00 tengahari baru jumpa Dr Zaini (sama nama dengan dear plak).

Dr Zaini minta Amar ambil gas sekali lagi, hasilnya Dr Zaini tak mencadangkan Amar masuk wad. Dia juga menyakinkan kami batuk Amar akan hilang dalam masa sehari dua. Ok, kami terima...walaupun dalam hati kami rasa kami mahu Amar tinggal di wad dan dapatkan rawatan/pemeriksaan yang lebih sempurna. Paling menyakitkan hati bila kami ditanya sama ada mahu masukkan Amar ke wad...kami sedang berfikir sesama sendiri, Dr Zaini pula yang mengatakan kalau kami mahu Amar ditahan wad kami mungkin akan menunggu masa yang lebih lama untuk kemasukan wad. Dr tak pasti sama ada katil kosong atau tidak.

Ish....dah kami nak buat keputusan tahan wad macam mana? takkan itu jadi masalah kami pula...geram pula jadinya, nak tak nak...aku dah black list hospital ni dalam senarai kemungkinan akan datang. Orang lain selesa tapi bukan aku. Kalau Dr. Zaini baca terpulang...ini pendapat aku/hak aku bersuara.

Kenapa aku kata Dr baca? sebab Dr tunjukkan kami gambar google untuk terangkan pada kami tentang viral croup ni. Ha....canggihkan!


Selesai jumpa Dr kami tunggu giliran untuk dapatkan ubat dan buat pembayaran. Lama sungguh nak menunggu nombor dipanggil, Amar sudah bosan kehulu ke hilir main. Mujur ada mak cik yang boleh di buat teman berbual kalau tidak aku pun mengantuk jadinya. Bayangkan masa aku dapat nombor 4002 dan nombor aku adalah 4049...berapa beza? bila sampai giliran aku ambil ubat ada seorang lelaki datang kaunter bertanya nombor gilirannya 4062, kenapa lambat sangat. Sila duduk tunggu nombol di panggil ye...haha Pukul 2.00 petang baru selesai dan Amar masuk kereta terus minta susu dan terus tertidur tapi nafasnya masih sama seperti pagi tadi. Mahu atau tidak kami sendiri akan jaga Amar hingga sembuh.

Bukan masalah kewangan yang kami risaukan tetapi kalau perkhidmatan yang diberikan agak tidak menepati kehendak kami memang kami tak akan layan. Mana yang mampu kami bayar kami bayar dan pergi tapi kalau perkhidmatan yang diberikan tidak setimpal dengan bayaran adalah sangat mengecewakan. Bukan nak kata KPJ tak baik/tak sempurna perkhidmatannya tapi aku agak terkilan.

Buat masa ni aku tak akan jejak kaki lagi ke hospital swasta, lebih baik terus ke hospital kerajaan bukan kerana murah tapi sekurang-kurangnya perkhidmatan mereka lebih sempurna...ini pandangan aku yang sudah 3 kali ke hospital kerajaan.

Sehingga malam ini Amar masih belum sihat, batuk cuma berkurangan sedikit dan tidur pun agak lena berbanding sebelum ni. Tapi dalam sejam mungkin sekali 2 akan terbatuk....(masa tidur malam).

Harap-harap esok lusa batuk Amar hilang dan Amar boleh tidur lena seperti biasa. :)

 

No comments: