Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Saturday, January 12

Cempedak Goreng

Assalam...

Minggu lepas mak datang rumah dengan abang yang duduk di kampung. Wah..meriah tau, 1 kereta ada 4 kanak-kanak dan 3 orang dewasa. Haih...mujur abang ada rezeki lebih dapat beli kereta baru. Hehe... tapi buah cempedak ni bukan mak aku yang bawa tau. Ini hasil dari kebun arwah atok aku sebelah mak. Hehe...orang kampung memang ada banyak kebun buah-buahan kan, jadi jangan hairan bila setiap kali datang rumah anak pasti ada yang bawa seguni, berplastik atau pun berbakul-bakul buah-buahan. Bestnya

Mak aku datang sebelum krismas lepas, datang naik bas dari kampung. Dah lama mak tak naik bas sejak arwah bapa tak ada tetiba abang-abang aku aturkan rancangan untuk mak aku. Haih...mak ikut je la pulak apa yang anak-anak buat. Hehe..

Kebetulan sebelum mak datang sini mak pergi rombongan ke Kelantan. Jadi pasti ada buah tangan buat 2 anak perempuan. Sudah pasti untuk aku kain batik 2 helai dan sepasang baju kelawar.

Buah cempedak ni abang aku yang bawa dari kampung sebab dia balik kampung untuk habiskan kerja tukar wire letrik dirumah mak. Alang-alang pak cik aku minta abang  aku bawa sebab dia balik seorang diri. Rezeki jangan ditolak kan.:)



Cempedak yang sudah dibuang kulit, hasil aku menorek masa anak-anak tidur. Ha.....dapat semangkuk penuh, baki boleh baki akak ipar sebelah rumah.


Ini  yang masih digoreng dalam kuali, selepas di goreng tiada gambar sebab akak ipar yang jaga Ashraf datang. Terus jamu untuk minum petang. Rezeki akak ipar tu la kan.

Ish...masih terasa-rasa pula  kesedapan goreng cempedak ni. Dulu arwah bapa ada tanam, alasannya tanam sebab kami adik-beradik suka makan cempedak goreng. Huhu...ada  tanah boleh la tanam, arwah siap beli buah semata-mata mahu semai  benih. Katanya geram sebab isi besar-besar dan tebal. Kalau asyik beli tak puas makan kan. Untung kalau tanam sendiri dapat makan puas-puas.

 

No comments: