Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Wednesday, January 23

Perkembangan Amar Dan Ashraf

Assalam...

Sudah lama tidak menulis perkembangan Amar dan juga Ashraf. Syukur Amar sekarang makin sihat walaupun masih ada lagi sisa-sisa viral croup. Ubat yang kami dapat pun sudah hampir habis, kalau tidak silap hari ni hari terakhir untuk ambil antibiotik.

Amar.
  • Hampir semua perkataan sudah boleh sebut tapi ada sedikit pelat.
  • Tahu menjaga adik bila keluar atau pergi rumah nenek.
  • Pandai pakai kasut sendiri (pandai masukkan tali kasut tanpa bantuan)
  • Tahu masukkan butang baju tidur sendiri.
  • Akan masuk bilik tidur bila sudah mengantuk. Sejak minggu ni Amar kurang tidur sebab batuk dan siangnya cuma tidur sejam dua sahaja. Malam tadi tiba-tiba minta susu dan terus mahu masuk bilik walaupun baru pukul 8.30 malam. Hehe...sekarang kami ajar mereka tidur lewat sedikit, selepas jam 9.00 malam ke atas.
  • Sudah tahu erti sayang adik, main bersama-sama.
  • Ringan tulang tolong adik buat sesuatu, contohnya. Bantu adik bila adik tak boleh buka baju sebab Amar sudah pandai keluar dan masukkan butang baju.
  • Pasal makan semua mahu buat sendiri, suap sendiri tak mahu bantuan orang lain.
  • Sudah susah bangun pagi dan mandi tapi sangat cepat bertindak bila kami bagitau mahu pergi kedai atau pergi rumah nenek.
  • Paling best sudah kenal semua saudara.
Pada aku, Amar lebih berdikari...maklum saja dia tahu dia sudah jadi abang dan pastinya dia akan ada tanggungjawab besar kelak.

Rancangan aku untuk Amar...cuti panjang CNY nanti nak berhentikan puting 100% kalau boleh dan nak ajar potty train. Huhu...harap-harap berjaya!

Ashraf.
  • Hampir boleh bercakap dengan sempurna, mungkin sebab kami ajar Amar jadi dia lebih cepat tangkap pula.
  • Semakin susah memberi makan, sangat pemilih makan orangnya.
  • Semakin bijak dan rajin mengacau/mengusik abangnya.
  • Sudah tahu sebut nama sendiri.
  • Masih menyusu susu ibu walau pun untuk malam hari sahaja dan hujung minggu.
  • Sangat cepat tangkap apa yang kami ajar.
  • Paling best, kami semua suka tengok aksi Ashraf bila berlari...ada gaya tersendiri yang tersangat comel kami pandang. :)
Pada aku Ashraf seorang anak yang cepat tangkap, kami ajar abangnya bercakap tapi dia pula yang lebih cepat dapat. Rasanya belum ada apa-apa rancangan untuk Ashraf ni melainkan kami teruskan dengan apa yang kami sudah buat.

Kami biasakan mereka menonton/mendengar nyanyian lagu kanak-kanak dan alif ba ta (iqra). Menarik sebab aku pun boleh join sama. Sekurang-kurangnya aku pun belajar semula. Mereka lagi lah suka dapat tengok. InsyaAllah ada rezeki lebih nanti teringin nak belikan tab yang murah untuk mereka seorang satu. Lebih mudah kan bila ada sendiri-sendiri, tak perlu gaduh-gaduh lagi nak tengok itu ini.

Pada kami sebagai ibu bapa, sentiasa doakan mereka menjadi anak-anak yang soleh dan sempurna akhlaknya.

No comments: