Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Friday, January 11

Air Mata

Assalam...


Bila masuk januari teringat pemergian bapa mertua aku. Haih...paling sayu tarikh kematian adalah sehari selepas tarikh kelahiran dear. Aih...sedih sangat-sangat melihat wajah sayu dear yang mengejutkan aku, mak mertua, adik beradik yang lain.

Jujur aku katakan aku tak pernah nampak dear menangis. Langsung tidak ok. Bukan tipu tapi ini realitinya sebab aku sendiri dapat melihat riak wajah sepanjang hari. Bermula dari pagi tahu arwah bapa mertua sudah tiada hingga ke majlis bacaan tahlil. Langsung tidak menunjukkan yang dear dalam kesedihan.

Bila aku tanya dear cuma kata, dear bersyukur sebab arwah bapa pergi dear ada di sisi. Dear mampu menemani arwah bapa dear malam terakhir sebelum meninggal. (ish...aku yang menaip ni pun dah terasa syahdu....nampak tak betapa kuatnya la lelaki ni kan). Mungkin niat dear mahu jaga arwah bapa sehingga akhir hayatnya terlaksana.

Yup...dear sentiasa menjaga arwah, setiap pagi dan petang dear akan berbual-bual, tolong gulungkan rokok (guna tembakau), tolong papahkan arwah mandi dan masuk bilik air dan juga tolong arwah suapkan makanan sebab masa tu keadaan penglihatan arwah tidak begitu baik.

Katanya dear tak mampu berikan wang yang banyak, tapi sekadar kasih sayang yang mampu. Syukur juga sebab anak-anak yang lain pun bersikap sama juga.

Berbeza sungguh dengan abang ipar setiap kali kami buat bacaan Yassin dia akan menangis bila membaca doa dan menyebut nama arwah. Bila  abangipar menangis sendu kami yang lain pun turut sedih sama.

InsyaAllah hujung minggu ni kami akan adakan majlis tahlil, tahun ke 3 arwah tiada. Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah SWT.

 

No comments: