Bosan sangat rasanya mahu datang kerja pagi ni, bukan apa
balik rumah petang semalam MIL bagitahu Amar demam. Aduhai la anak…mama kerja
di syarikat yang tidak ambil kira pasal anak-anak staff. Maka mahu atau tidak
aku datang juga bekerja hari ini dengan hati yang sebal.
Malam tadi selepas siap masak-masak dear terus ajak keluar
pergi klinik. Kami pergi klinik di Bukit Rimau, klinik mediviron 1 bangunan
dengan carefour bukit rimau. Senang pergi di sini sebab tidak terlalu ramai
orang dan juga ubat agak serasi dengan Amar. Selesai hal di klinik kami bawa
anak-anak bermain sekejap, kalau tengok muka Amar memang nampak kasihan sangat.
Jadi bila dapat peluang main memang tidak di lepaskan, jadi segar sedikit aku
tengok.
Balik rumah terus bagi makan ubat sementara tunggu MIL dan
adik ipar dating rumah minta tolong printkan hal-hal kerja dia. MIL dating hampir pukul 10.00 malam jadi
anak-anak pun tidur lewat malam tadi. Hehe…sesekali memang mereka suka sebab
paling best dapat tengok bulan. Paling kelakar bila dah sampai depan klinik aku
Tanya Amar mana bulan dia tunjuk sign board klinik sebab ada gambar bulan sabit
warna merah.
Malam tadi suhu Amar 39, tapi pagi ni dear cek sudah turun
38…agak tinggi dan masih merisaukan sebab bunyi nafasnya agak kuat. Kalau esok
masih belum kurang mungkin aku terpaksa ambil cuti juga. Malam tadi batuk-batuk
sampai muntah, sekurang-kurangnya bila muntah aku tau panas dalam badan dia
sudah berkurangan. Balik nanti rancang mahu belikan air cap kaki tiga untuk
bagi turunkan suhu badannya.
Sebelum balik bawa anak-anak main stereng pun jadi la..hahaha
Bila anak tidak sihat nak buat kerja pun tak senang..rasa
macam tengahari ni nak balik rumah je tapi tak boleh ambil setengah hari nanti
gaji potong 1 hari… huaaaaaaaa
No comments:
Post a Comment