Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Thursday, November 1

Rancangan Tahun Baru Cina Nanti

Assalam...

Bestnya kalau cuti tahun baru cina atau cuti thaipusam dapat bercuti dengan keluarga. Hehe....ni sebab malam tadi dapat Sms dari teman. Tapi buat masa ni memang belum ada perancanan lagi. Dear pasti tak nak ke mana-mana kecuali balik Perak kampung aku tu je la.

Kalau ikutkan memang teringin nak bawa mak bercuti semalam dua di Pulau Pangkor atau pun Teluk Batik. Menyewa 2 bilik atau pun 1 apartment. Pasti seronok kan sebab belum pernah lagi bercuti dengan mak, tak payah bersusah-susah nak keluar jalan-jalan asalkan boleh bagi mak berehat dan tenangkan fikiran seketika.

Setakat ni masih belum pasti lagi cuti untuk tahun baru cina akan datang berapa hari, paling menakutkan tahun ini mungkin tiada lagi bonus berganda seperti tahun sebelum-sebelum ni. Hua...sedih tapi itu kenangan, sekarang ini kenyataan.

Ok, mahu jalan-jalan melihat-lihat kalau ada tawaran murah dan jimat apa salahnya. Pulau Pangkor pun cuma ambil masa 1 jam dari kampung mahu ke Lumut. Anak-anak pun pasti suka dapat main air kan.

2 comments:

Yaati Nor said...

thn nie dah 2 kali aku gi pangkor..dok kat liyana villa 1 mlm rm95 je..1 single n 1 double bed..kat teluk nipah..happening

Azian & Zaini said...

wah...bestnya! aku nama je org perak tp jarang2 pergi sana :)