Assalam...
Ok, lupakan pasal mood kesedihan...jadi pengajaran buat aku supaya tidak meletakkan harapan yang tinggi dan jangan mudah percaya dengan kata-kata orang lain.
Terkejut juga bila dapat email macam ni tapi aku fikirkan jangan layan sangat la kan.
Eh, nampak tak?
Ini apa yang dia tulis.
"saya ingin memperkenalkan diri saya terlebih dahulu. Nama saya Puan Zannierah binti Moksin from Malaysia. Untuk makluman saya pengidap kanser di tahap yang serius. Dan doktor telah mengesahkan bahawa saya tidak dapat bertahan hidup lebih lama. Dengan murah hatin ya saya ingin mendermakan segala yang saya miliki dan ini adalah keinginan yang saya dan arwah suami saya telah rancang sebelum ini. Memandangkan kami tiada di kurniakan cahaya mata.
Dengan murah hati nya dan keikhlasan hati saya dan arwah suami saya. Dan saya percaya allah maha mengetahui niat saya ini. Dengan ini, saya menghulurkan atau menyumbangkan sejumlah wang sebanyak 1,000,000.00 (1 Juta Paun) kepada anda. Dalam memudahkan semua urusan antara saya dan anda, saya akan meminta peguam saya menyediakan segala dokumen yang berkenaan. Dan dengan izin allah semua urusan akan berjalan dengan lebih lancar, dan pindah hak milik di antara kita tidak akan bermasalah. Semoga allah memberkati segala kerjasama dari anda dan gunakan lah pemberian saya ini dengan bijaksana."
Banyak soalan yang aku fikirkan bila baca email ini.
1. Kenapa perlu hantar email secara rambang ni?
2. Takkan tiada langsung ahli keluarga untuk di wariskan harta dari pada serahkan pada orang lain yang tidak di ketahui latar belakangnya?
3. Boleh percaya ke email ni?
4. Siapa yang dapat duit ni ye kalau betul? fuh...mesti jadi jutawan kalau di Malaysia ni.
Cukup! nanti banyak-banyak soalan bukan ada siapa yang boleh tolong jawab. Hehe...
No comments:
Post a Comment