Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Saturday, November 17

Tempat Kerja Baru Dan Lama

Assalam...

Hari ini sudah genap kerja di sini selama 4 bulan (25/10/12 sepatutnya). Banyak kisah suka duka yang aku dah alami dan dapat dari sini. Mengikut pengalaman orang lain yang sudah bekerja lama di sini buatkan hati tidak keruan rasa mahu berhenti dan mencarik kerja lain tapi sebelah hati sudah berkata jangan, apa salahnya jika aku beri peluang barangkali bila aku kekal di sini mungkin setahun dua bos akan bertukar fikiran semula siapa tahu kan.

Bila di fikirkan memang terasa sakit hati tapi kemana nak di tujukan jadi lebih baik jangan fikir dan buat tak tahu saja kan..

Sekarang aku cuba perbandingkan company sekarang dengan company sebelum ini. Bukan mahu kata company lama ok tapi company baru tak ok cuma setiap company pasti ada baik buruknya.

Kedatangan.
Tempat lama
* Tepat pada masa, sebab pintu masuk biasanya akan buka 5 minit sebelum pukul 8.30 pagi. Jadi kalau sampai lewat pun masih tidak jadi masalah sebab setakat guna access card sahaja.
* Kalau terasa mahu masuk lewat cuma perlu telephone atau SMS pada HR assistant sahaja. Mudah kan...hehehe

Tempat baru
*Datang awal, pukul 8.00 pagi sudah keluar rumah dan sampai office pukul 8.10 atau 8.13 pagi. Pintu office akan di buka seawal pukul 7.50 pagi. Huhu...ada hati nak masuk lambat? tambahan pula perlu thumb prints setiap kali datang, keluar makan, masuk dari lunch dan waktu balik kerja.
* Jika tidak sihat, ada urusan penting sila telephone bos untuk beritahu apa alasan untuk tidak datang kerja hari tu. Kalau sakit sila nyatakan apa sakitnya.
* Tidak di benarkan makan di tempat kerja, kecuali dalam pantry... hua...bos sentiasa tengok cctv kot. Makan kacang, gula-gula atau jajan pun bos nampak maunya tak menakutkan.

Makan
Tempat Lama.
* Bos tidak kisah kami makan bila, cuma bos tetapkan waktu keluar makan dari pukul 12.00 tengahari hingga 2 atau 3.00 petang bergantung kepada waktu keluar dan rehat cuma untuk 1 jam sahaja. Tapi kami pernah keluar lebih 1 jam tapi bos tidak pernah bising-bising. :)
* Setiap hari keluar makan, bukan sebab ada kawan je masa tak ada kawan pun keluar makan juga sebab banyak pilihan kedai makan di kawasan berdekatan. Tambahan pula harga masih dalam kawalan dan makanan pun sedap-sedap juga. Itu yang penting!
* Dibenarkan makan di tempat kerja cuma untuk makanan ringan sahaja dan asalkan tidak mengganggu orang lain. Best, sebab dulu kami makan gula-gula, biskut, kacang atau pun kuih selepas sarapan pagi atau pun selepas makan tengahari bila-bila masa. Hehe...

Gaji
Tempat Baru.
* Gaji ialah setiap 7 hari bulan setiap bulan.
* Semua staff baru perlu ada akaun Hong Leong Bank.
* Tiada bonus untuk staff sebelum cukup kerja setahun atau pun bos akan bagi bonus mengikut pada prestasi.

Tempat Lama.
* Gaji setiap 28 atau 29 hari bulan setiap bulan. Kalau nak raya, atau nak sambut tahun baru cina gaji dapat awal dari tarikh tu.
* Tak kisah ada akaun mana, pihak akaun akan uruskan hal-hal gaji ni.
* Bonus untuk sesiapa yang bekerja selepas setahun dan juga ang pow untuk semua staff. Jadi gaji tahunan bukan 13 bulan tapi boleh jadi 14 bulan. Syok!

Tempat meletak kereta.
Tempat baru.
* Mudah dan selamat sebab dalam pagar dan ada pengawal keselamatan.
* Dekat dengan bangunan dan tidak perlu fikir kalau cuaca hujan.

Tempat lama.
* Parking di kawasan simpang jalan yang terlalu kerap di lalui oleh lori simen. Agak bahaya bila terlalu kerap lori simen lalu lalang di jalan ini.
* Boleh dapat tempat yang dekat tapi mengikut nasib jika pagi datang awal mungkin boleh dapat tapi bila petang atau ramai engineer masuk office terpaksa parking jauh dari bangunan.
* Paling aku tidak suka, terlalu banyak anjing.

Pengurusan
Tempat baru.
* Agak sempurna sebab semuanya teratur dan tersusun. Nak buat apa-apa pun ada perancangan dari awal.
* Bos agak baik biasanya ke sebab aku jarang-jarang jumpa bos ek. (maksud aku bos besar bukan bos untuk head aku)

Tempat lama
* Agak kelam kabut. Biasanya semua hal akan di persiapkan sehari sebelum majlis kecuali untuk majlis office terbuka. Memang akan ada persiapan awal di buat.
* Setakat ini aku jarang jumpa dengan bos, bos pada aku ok cuma ada masanya hal-hal remeh temeh pun dia nak masuk campur. Ehm...mungkin aku belum kenal siapa bos aku kot. Bila tahu pilihan dan cara kerja dia mungkin aku ok kot.

Suasana kerja.
Tempat Baru.
* Ada 3 tingkat, tempat aku di tingkat 1 tapi aku perlu sentiasa ulang alik ke tingkat 2. Hehe...nak buat macam mana kan.
* Dalam office tak ada banyak bunyi atau berbual. Ketawa-ketawa besar setakat ni memang ada tambah-tambah bila ada orang baru masuk yang jenis gila-gila juga. Sebelum masuk memang rasa sunyi sangat.

Tempat lama.
* Office ada 2 tingkat. Biasa pagi mesti naik tingkat 1 sebab ground floor adalah stor untuk simpan segala macam kabel dan barangan lain.
* Setiap hari memang ulang alik pergi ground floor sebab surau terletak di tingkat bawah.

Surau
Tempat Baru
* Ada surau yang tertutup dan kemas. Terletak di bahagian belakang bangunan.
* Tapi sayangnya surau sentiasa berkunci untuk mengelakkan ada orang curi tulang waktu bekerja. :(

Tempat lama.
* Surau ada di sediakan selepas setahun aku kerja di sana. Alhamdulillah walau pun tidak sempurna cuma ruang kecil yang mampu muat 2 orang sahaja tapi aku masih bersyukur sebab tak perlu lagi keluar setiap hari fikir mahu makan di mana dan solat di mana.
*  Masa solat terpulang asalkan kerja jalan. Biasanya aku keluar makan dahulu kemudian baru pergi solat dan paling seronok sebab dapat solat asar juga sebelum balik rumah.

Jarak
Tempat Baru.
* Dekat sangat dengan rumah, kalau ikutkan 10 minit pun tak sampai. Tapi aku suka datang awal sebab sekarang dear kerja masuk pukul 8.00 pagi jadi lebih baik aku pun keluar awal dari duduk rumah saja.

Tempat Lama.
* Tak jauh sangat cuma ambil masa 20 minit sahaja termasuk jem dan segalanya la. Biasanya aku pergi kerja .15 pagi sebab aku terpaksa tunggu dear pergi kerja dahulu lagipun masa ni dear kerja masuk lewat pun tak apa. Hehe...

Kebersihan.
Tempat baru.
* Ada seorang tukang cuci untuk 1 bangunan jadi dia akan cuci tandas setiap hari. Ini aku suka sebab tandas sentiasa bersih.
* Sampah pun teratur sebab hari-hari dia ambil sampah jadi bakul sampah tidak perlu penuh sentiasa.

Tempat lama.
* Ada tukang cuci tapi datang office sehari dalam seminggu untuk cuci tandas dan juga membersih lantai.
* Sampah juga di kutip setiap hari tapi ada kalanya terlupa kot 2 hari baru dia kutip.

Itu saja setakat ini yang nak aku ceritakan. Tapi pendek kata kerja di mana-mana pasti ada yang tidak kena. Jadi aku perlu pandai-pandai aturkan sendiri kerja aku mengikut kehendak syarikat di mana aku bekerja. Kerja ini 1 ibadah juga kan.


3 comments:

Unknown said...

abis kak mcm mna akk solat kt tmpat baru ni?

sya takut hdpi mslh sama..

Azian & Zaini said...

solat disurau tiap2 hari minta kunci kat penjaga stor bangsa cina, sekarang kerja tempat lain jadi tiada surau disediakan.. solat di ruang pantri yang jarang-karang sangat ada orang masuk gunakan. Alhamdulillah....bagitau bos kata nak solat dia pun izinkan juga, yang penting bos tau apa kita buat

pondok332a & viva puteh said...

Keje kat hongleong bank ke