Hehe...mahu pulang ke kampung. Setelah sekian lama hari ini dapat balik kampung. Balik kampung dengan anak-anak dan mak sahaja, dear kerja jadi kami balik bertiga campur dengan mak. Hehe...balik kampung pun untuk tempoh sekejap sahaja dan aku akan menjadi pemandu sepanjang jalan. Harap-harap anak-anak tidak memberikan masalah sepanjang jalan.
Kami balik hari ini dan balik ke klang semula esok. Hui.... memang cepat kan, sebab nak hadirkan diri kenduri kahwin mak cik saudara di Puchong.
Tujuan balik kampung pun nak ambil seberapa banyak buah durian yang ada. Mana tidaknya abang di kampung sudah kumpulkan buah durian dari hari Khamis lepas. Harap-harap ada rezeki untuk aku buat durian crepe.
Durian Crepe yang kakak ipar aku buat. Dia ni memang rajin bab baking ni. |
Rancangan mudah aku nak masukkan buah durian dalam 1 bekas besar tanpa kulit. Senang di makan dan senang di bawa. Eh....aku sebenarnya tak larat nak pegang buah durian yang kulitnya banyak duri tu. Haha...isinya aku suka la makan lagipun sekarang ni sana sini semuanya dah mula jual buah durian ni.
Lagi 1 alasan besar aku sebab aku nak bawa kereta Viva comel akak aku tu balik kampung. Hehe...harap-harap kereta tu tidak memberikan sebarang masalah sepanjang perjalanan ke Perak.
2 comments:
teringin nak rasa durian crepe tu
aku pun belum sempat merasa lagi, ingat malam nanti baru nak test buat
Post a Comment