Senyap sekejap sebab sentap sangat dengan kata-kata orang lain. Huh...mana tidaknya kita buat kerja tapi orang lain kata kita tak buat kerja. Fine! biarkan mereka dengan cara mereka.
Hari Rabu lepas aku pergi klinik gigi di Aneka, Klang nak kata jauh dari rumah tu tak ada la tapi untuk berjimat dan juga termakan hasutan bekas office mate. Hehe....tapi akak tolong jangan marah ek, maupun terasa hati tau. Perkhidmatan di sini tip top juga, jadi sila jangan pertikaikan tau perkhidmatan yang diberikan oleh kakitangan awam.
Aku keluar rumah selepas bagitau bos pukul 8.30 pagi nak ambil MC ingat Dr akan cabut tapi tak dapat. Hua..... nangis rasanya bukan sebab sakit tapi sebab sia-sia ambil MC dan cuti 1 hari.
Sampai klang pukul 9.15 pagi. Alhamdulillah jalan tidak jem sebab kebanyakkan orang sudah masuk kerja dan kebanyakkan budak sekolah tidak datang sekolah lagi. Parking di luar kawasan klinik sebab takut nak parking kat dalam nanti ada kereta blok plak bila tiba masa nak balik.
Masa menunggu lebih kurang sejam juga, berbilang bangsa ok bukan setakat melayu dan india sahaja tapi bangsa cina pun ada. Jadi kualiti servis di klinik kerajaan pun tidak ada kurangnya berbanding swasta. Pada aku masa menunggu memang sama berbanding dengan klinik swasta yang pernah aku pergi.
Bila tiba giliran aku terus masuk bilik dan menunggu giliran dalam bilik pula sementara mereka menukar peralatan baru. Ya, setiap kali bertukar pesakit mereka akan tukar peralatan (maksud aku barang-barang yang masuk dalam mulut pesakit tu la, tapi aku tak tau apa namanya).
Nurse pun pada aku tidak garang, tidak cakap kasar dan Dr pun memberikan pendapat dia dengan baik walau pun aku ada perasaan kurang faham. Hehe...aku ni lembab sikit bab-bab kesihatan gigi ni.
Untuk pesakit yang pertama kali datang dan pertama kali mendaftar Dr akan cek setiap gigi dan masukkan rekod dalam kad merah. Jadi rujukan Dr untuk sesi pertemuan akan datang. Hehe...jadi kad merah ini tidak boleh di bawa pulang dan hanya akan diberikan sekeping kad kecil untuk temujanji akan datang. Jadi jika datang lagi lain kali sila masukkan terus kad temujanji dalam kotak lebih mudah kaunter mencari fail rekod yang sedia ada kan.
Dr pun tidak kasar, cakap pun tidak kasar jadi kesimpulannya memang aku suka. Hehe...tengok orang lain cabut gigi pun relax je. Kiranya cara kerja mereka di sini mudah sekali. Hehe baru aku tahu, lama sebab orang yang ramai je bukan sebab kerja mereka yang lambat. Pukul 11 pagi dah selesai urusan aku di sana. Hehe...cepat kan, 2 jam je tak ada la lama sangat.
Ini aturan kerja dan langkah yang perlu kita ambil bila ke klinik kerajaan.
1. Daftar di kaunter.
2. Tunggu nombor giliran naik.
3. Masuk dalam dan tunggu giliran berjumpa Dr.
4. Masuk bilik dan akan di periksa gigi oleh Dr, bagi pertama kali datang rekod gigi akan di ambil secara keseluruhan.
5. Dr akan cadangkan/tanya sama ada cabut, tampal, cuci atau datang lagi lain kali.
6. Kalau cabut perlu bayar RM 1 lagi di kaunter. Kemudian tunggu giliran lagi untuk proses cabut gigi. Di klinik Aneka, Klang ada 3 orang Dr untuk proses cabut, tampal dan juga cuci gigi.
7. Boleh balik bila semuanya selesai, pada yang cabut gigi sila tunggu dapatkan surat MC tapi kalau tak perlukan MC tak payah cakap dan tak perlu tunggu lagi. Ubat pun Dr. berikan sebaik gigi di cabut.
Ha...senangkan? hehe....kalau pergi swasta memanglah selesa cuma bayaran tinggi sesuai dengan perkhidmatan Dr yang berpengalaman luas. Hehe....pada aku sama je cuma kita sendiri perlu pandai jaga kebersihan gigi masing-masing. Kalau datang untuk cek gigi pun boleh, lain kali nak cuba latih diri nak pergi setiap tahun periksa gigi. Dah hujung 20an ni baru teringat nak jaga gigi bebaik pulak.
Aku akan ke klinik kerajaan lagi sebab kalau ikutkan 19/11 nanti perlu datang untuk temujanji mahu tampal gigi. Huh....rasa macam nak dekat-dekatkan je klinik tu dengan office ni. Hehe...kalau office lama memang dekat, tak menjadi 1 masalah pada aku tapi sekarang ni....hehe..harap-harap dapat pergi atau jika tidak dapat terpaksa pergi klinik swasta juga nampak gayanya.
Jadi sila jangan pertikaikan perkhidmatan yang klinik kerajaan berikan pada kita. Sama je tapi kerajaan ramai orang sebab murah kan. :)
6 comments:
Klinik Aneka Klang ni kat area mana kak?
area mydin masjid india, klang
How much the price for ikat gigi? And give me contact number...
Santha
Not sure for that, phone number you can get from website kementerian kesihatan
Salam sis, nak tanya untuk rawatan tampal gigi hari jumaat ada ke? Ntuk dewasa.
Didi treff
Tak pasti dear, kalau nak kan info lanjut boleh search di website kkm
Post a Comment