Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Sunday, November 11

Hubungan Jarak Jauh

Assalam...

Hubungan jarak jauh ni bukan setakat untuk pasangan suami isteri sahaja aku rasa tapi untuk hubungan kekeluargaan pun boleh di kira juga kan. Hehe...maklum saja bila sudah berjauhan dengan mak memang menyakitkan hati sebab terpaksa sentiasa merindui dan mahu mengetahui perkembangan terbaru di kampung.

Aku mula berjauhan dengan keluarga sejak aku masuk sekolah asrama masa sekolah menengah. 2 tahun je pun aku duduk asrama. Tapi setiap minggu akan balik tapi terkadang malas nak balik aku ikut kawan-kawan balik rumah mereka bila tiba musim buah. Huh....saat itu memang seronok! Tak mungkin dapat aku lupakan, tidak kira di gigit pacat mau pun lintah tapi tujuan kami hanya 1 mendapatkan buah durian! hehe....sekarang Alhamdulillah semua kawan-kawan sudah pun berkeluarga.

Lepas tamat SPM aku ikut kakak aku duduk di Puchong Intan. Mulanya mahu duduk rumah sambil menunggu tawaran sambung belajar, akak saja-saja nak aku duduk sama sebab kami jarang-jarang dapat berbual panjang. Ada juga rasa mahu kerja sementara tapi akak dan mak tak izinkan sebab takut aku tak biasa dengan tempat orang. Tambah pula dari kampung tiba-tiba ke bandar kan. Erk...jadi sepanjang tahun aku duduk rumah dengan akak aku je la, tapi bila hari minggu kami keluar jalan-jalan atau merayap tidur di rumah abang.

Bila dapat tawaran sambung belajar aku terima walau pun dalam hati rasa macam tak suka tapi mungkin ada baiknya aku terima saja dari duduk rumah buang masa. Kebetulan masa mendaftar bulan puasa jadi memang menduga sangat-sangat rasanya. Minggu orientasi adalah tempoh masa yang sangat aku tak suka. Hehe... bila dah sambung belajar setiap minggu pasti akan telephone mak di kampung bertanya kabar, tidak pun bila tiba masa nak balik kampung aku akan telephone mak minta mak belikan tiket bas siap-siap. Tapi masa tu bukan ada HP macam sekarang ni, jadi penyelesaian adalah menggunakan telephone awam sama ada syiling maupun kad. Hehe....sanggup beli kad RM10.00 untuk sebulan tapi kadang-kala tak sampai sebulan dah habis. Paling tak suka bila kad habis guna dan perlu guna duit syiling. Memang sakit hati bila ada pelajar lain buat panggilan ala-ala di rumah sendiri. Mujur masa belajar bilik aku aras bawah dan dekat dengan telephone awam jadi mudah untuk aku melihat bila telephone awam tu tiada orang lain. Hehe....boleh cerita panjang dengan mak. :p

Bila masuk Politeknik sudah mula bergaul dengan orang lain yang sudah mula gunakan HP. Huhu...dalam hati tak nak guna sampai tamat belajar nanti tapi mak minta abang aku belikan HP rupanya. Abang aku sponsor HP, sim card pula abang sulung aku sponsor siap dengan top up setiap bulan RM 60.00. Bermula la kehidupan seorang pelajar dengan HP sepanjang masa. Walau pun mula-mula rasa janggal sebab perlu bawa HP ke mana-mana tapi lama-lama jadi kemestian pula. Tambah pula bila nak berjanji dengan kawan-kawan. Akhirnya jadi ketagih tapi mujur aku tidak ketagih mahu membeli HP baru setiap kali kawan-kawan lain beli. Bila ada HP mudah mak nak call sebab rumah kampung ada telephone rumah. HP nokia 3310 tu aku guna sampai habis belajar dan masuk kerja. Tapi sayang HP ni hilang bila aku tertinggal dalam tandas di Berjaya Times Square. Huh....memang tak ada rezeki lagi padahal dalam hati geram kat orang yang curi tu.

Bila habis belajar aku kerja di kedai bunga dekat kawasan rumah kakak aku sementara tunggu konvo dan cari kerja lebih baik. Dalam hati teringin nak sambung jadi guru tapi rasa macam tak berapa minat. Hehe...telephone guna dear punya sebab masa habis belajar dan bercinta HP 3310 tu hilang. Hehe....mujur ada orang tolong bagi pinjam sementara kan. Tapi masa ni HP memang jadi satu keperluan sangat-sangat. Senang nak berhubung dengan mak.

Tak sangka jodoh dengan orang Selangor jadi makin menjadi kepentingan HP dalam hidup aku sebab mudah nak call mak. Hehe...tambah-tambah pula sekarang ni, bila ada masa terluang, ada masalah je aku call mak...tenang rasanya sebab mak boleh bagi cadangan dan nasihat yang terbaik. Tanpa perlu aku balik kampung sentiasa.

Pendek kata kemudahan untuk hubungan jarak jauh aku sangat penting bila aku jauh dari mak. Hehe...teringat MIL yang akan call adik ipar masa belajar di Segamat dulu, MIL call setiap hari tak kira pagi, petang atau pun malam. Best kan bila gunakan HP untuk jarak jauh ni.

Jadi kesimpulannya aku tak perlukan HP yang canggih tapi masih mampu menghubungi mak aku. Itu yang penting sekarang ni, tak tau pula jika akan datang berkeinginan mahu guna HP canggih ni. Hehe....


 

No comments: