Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Saturday, November 10

AEON Member Day Bukit Tinggi - 7/11/12

Assalam...

Hari Rabu selepas ke klinik gigi klang aku pergi AEON Bukit Tinggi. Kata dapat MC jadi baik aku habiskan masa jalan-jalan kalau balik rumah pun nanti akak ipar tau tak sedap hati juga kan.


Ini keadaan jalan di depan HTAR Klang yang kebanyakkan orang tahu keadaan jalan ini memang kerap jam sebab ada banyak lampu isyarat. Paling tidak tahan bila ada lori/kereta rosak di tengah jalan. Memang jadi jam lagi teruk. Syukur tidak lama dari klinik gigi ke AEON ambil masa kurang setengah jam.

Syukur juga dapat tempat parking yang mudah dan dekat dengan pintu masuk. Hehe... Turun bawah tengok wah....ramainya orang jadi terus pergi cari lampin untuk Amar dan Ashraf di level 2. Dapat lampin Ashraf sahaja tapi aku tambah beli bedak dan juga puting. Lampin Amar aku turun bawah cari tapi tak ada stok lagi kebetulan akak office mate lama nak jumpa boleh kami makan-makan dan borak-borak sekejap. Huhuh...mujur akak nak datang kalau tidak memang tak boleh sempat nak keluar makan sama sebab beratur nak bayar pun dah ambil masa hampir 1 jam. Best sebab dapat juga jumpa kawan office mate lama. Kesian mereka, jadi kerja di mana-mana pun pasti ada tekanannya kan.

Selesai makan tengahari, akak ngan kawan office lama balik aku pun jengah ke level 2 tapi masih tiada stok jadi aku turun ke ground floor. Hehe...dapat! Beli sekali 3 pek senang kan. Tapi bila tengok bangsa cina beli penuh troli sampai berkotak-kotak aku fikir lain pula. Takkan derang nak buat bisness kot.... Ehm... bukan 1 troli tapi 2 troli yang aku nampak kalau ikut pek mesti 1 troli lebih 10 pek aku rasa. Fuh!

Jadi pengahkirannya pencarian di AEON tidak setakat itu sahaja. Tebus voucher RM15 dan gerak balik. Sebelum balik singgah beli susu di Kota Kemuning. Yes...dekat dengan kawasan office takut-takut gak kalau-kalau office mate tetiba keluar makan. Hehe....

Tugasan bulanan untuk beli lampin dan susu selesai untuk bulan November tapi masih berkira-kira dalam hati mahu mulakan potty train seawal tahun depan. Lagi pun Amar sudah boleh cakap walau pun belum lancar tambahan pula sekarang guna saiz xxl tu yang aku nak sangat berhentikan tu.




No comments: