Assalam...
Syukur pagi ni aku sempat minta izin bos keluar sejam dua untuk bawa Ashraf pergi klinik. Aku keluar agak lewat sedikit sebab tak sanggup nak mengadap orang yang ramai di klinik sebab biasanya pagi memang ramai orang. Kebanyakkan orang yang bekerja mau pun suri rumah sebab lepas hantar anak yang lain pergi sekolah terus pergi klinik. Balik nanti dah boleh masak apa yang patut. Kalau aku suri rumah pun dah lama aku buat.
Hasilnya sekarang Ashraf sudah seberat 10.2kg berbanding semasa setahun 3 bulan 9.4kg. Ada naik juga dari tak ada kan, cik misi pun tak kata apa pun. Ambil berat, sembang-sembang dengan cik misi pasal perkembangan terbaru Ashraf. Insyaallah cik misi minta datang lagi bulan Jan 2013 nanti untuk timbang berat je. Ish...takkan nak timbang berat je kot?
Amar aku dah stopkan pun bawa pergi klinik ni, tak tau la kalau aku rajin pula nak bawa Amar dengan Ashraf pula akan datang sebab dah tiada lagi sesi cucuk menyucuk ni. Hehe...
Kesimpulannya semuanya ok. Masa inject mestilah aku peluk tapi bila cik misi cucuk je terus menangis. Ha....sakit la kan, aku sendiri pun terasa sakit. Ouh..boleh rasa walaupun dah lama tak kene cucuk ni lagipun aku teringat masa zaman sekolah dulu bila masa nak cucuk ni fuh....seram! hehehe...
Ok, cuaca sejuk-sejuk petang ni sebabnya tengahari tadi hujan maha lebat. Jom pekena kopi dulu... hehhee..
2 comments:
Kejap jer dah besar.... Danish dua tahun pun baru nak 10 kg, ekekekee
haah...sekejap je rasanya, sy ingatkan 10kg tu agak ringan untuk budak seusia Ashraf ni..hehehe
Post a Comment