Assalam...
Dengki sangat bila tengok anak-anak orang lain makan apa yang mak mereka masak. Tapi Ashraf ni berbeza pula rasanya. Apa tidaknya semua yang aku masak semuanya dia makan sedikit sahaja, bukan aku seorang tapi mak lang yang masak pun dia boleh buat tak tahu ok.
Orang lain sibuk buat puree buah atau sayur tapi anak aku langsung tak nak. Jadi takkan nak paksa? nestum pun makan tapi tak banyak sebab tu aku rasa saiz dia lebih kecil berbanding dengan Amar. Awal usia 6 bulan aku buatkan puree lobak merah tapi cuma makan 2 sudu. Hampir setiap hari bagi puree sepanjang seminggu jadi dear bagi cadangan mungkin dia tak suka. Aku masakkan bubur nasi untuk dia dan Amar.
Untuk Ashraf aku blend halus tapi untuk Amar aku tak blend sebab biasanya aku akan lecek guna sudu je. Masih juga Ashraf tak makan banyak. Kadang-kadang aku rasa macam dia terlebih zat susu aku kot sebab makan sikit sangat.
Sampai sekarang dah usia setahun setengah masih sama. Makan roti tak sampai setengah keping pun dia tak nak habiskan. Biskut lemak pun separuh je paling banyak dia makan. Tapi aku tak pernah nak paksa dia makan asalkan dia selesa dengan cara dia. Mungkin aku terikut-ikut dengan Amar yang jenis pemakan. Pantang nampak makanan semuanya dia mahu. Huhuhu....
Jadi sekarang aku biarkan saja, sebab ini cara dia dan cik misi kata tak kata apa-apa bila beratnya cuma 10.2kg. Sekarang aku perlu kawal nafsu makan Amar saja, nak buat macam mana ek? susu minum banyak makan pun banyak. Takut nanti jadi obesiti.
Rasanya untuk usia Ashraf masih sesuai dengan berat dia sekarang tapi Amar kalau baju dan seluar mesti di beli saiz 3 tahun sekarang ni. Kalau fikir untuk pakai lama pastinya aku beli saiz 4 atau 5 tahun terus. Itu pun tak lama mungkin pakai selama setahun agaknya. Ashraf masih boleh pakai setengah baju semasa dia masih bayi lagi. Hmmmm susah juga ye bila anak berlainan citarasa.
2 comments:
macam tu la yan..zahra pun bukan jenis pemakan..makan xkuat susu pun kurang..usia dia 3thn 7bulan baru 13kg..abg dia tu nak mkn ko layankan aja..tp jgn bg mkn nasi byk sgt..nnt obes mcm anak buah aku 6thn 25kg ok..hehehehe
tu la tgh dlm proses nak kurangkan makanan berkanji...harap2 berjaya la
Post a Comment