Sudah hampir 2 minggu aku amalkan potty train untuk Amar ni,
syukur Amar berjaya masuk tandas dengan mudah sekali. Buat pertama kali mahu
mengajar Amar dan masih belum ada pengalaman lagi aku cuba membuat perancangan persediaan
sendiri. Ada baca dari internet tapi kata orang lain budak lain caranya.
Tersangat teruja juga bila Amar pandai lebih awal dari jangkaan kami suami isteri.
Tersangat teruja juga bila Amar pandai lebih awal dari jangkaan kami suami isteri.
*Persediaan Minda*
Nak ajar potty train ni aku perlu siapkan minda yang paling
penting. Kata orang jangan marah anak kalau terkencing merata-rata kan. Jadi
aku persiapkan minda aku agar aku tak marah Amar bila terkencing. Alhamdulillah
berjaya dan Amar cuma terkencing 2 3 kali sahaja semasa minggu pertama.
Hati juga perlu tenang dan sabar sebab hal-hal membersihkan
lagi mana nak melayan adiknya lagi. Haih….memang menduga.
*Menyediakan Seluar Dalam*
Ada orang kata susah kan, tapi pada aku sangat-sangat
senang…mana tidaknya kalau terbuang air besar tak perlu nak membasuh beria-ria
pada satu tempat. Ajar pakai seluar dalam juga lebih senang sekurang-kurangnya
akan datang dia sudah tahu tiada lagi diapers tapi tang ada hanyalah seluar
dalam.
Seluar dalam untuk kanak-kanak sekarang sudah bermacam-macam
corak jadi lagi senang mahu menarik perhatian mereka untuk pakai.
*Barangan Rumah*
Pada aku barangan rumah lebih kepada tilam tidur dia dan
juga tempat bermain. Tilam tidur untuk ajar tidur siang tanpa diapers. Yang ni
pun Amar berjaya dan cuma sekali terkencing semasa tidur.
Rumah aku tak guna permaidani jadi lagi senang nak
bersihkan. Sekadar tikar biasa cuma perlu bersihkan dengan air je. Lain la
kalau guna permaidani memang leceh sebab berat nak basuh dan jemur.
Mahu ajar Amar buang air besar pun tidak menjadi satu
masalah besar.untuk beberapa kali aku ajarkan buang air besar di lantai sahaja
tapi bila lihat dia sudah tahu aku ajarkan dia duduk di mangkuk tandas. Lagi
pun mangkuk tandas tinggi bahaya pada Amar kalau terjatuh pula nanti. Mungkin
perlu sediakan tangga untuk memudahkan dia panjat dan duduk di mangkuk tandas.
Kalau tandas cangkung lagi senang kerja. :)
Pada sesiapa yang mahu ajar anak buang air ditandas kenal
potensi anak dahulu. Macam Amar aku tahu dia suka bila aku minta dia mask bilik
air. Sentiasa mengingatkan anak-anak bila mahu kencing perlua masuk tandas
sebab bila mereka sudah ralit/leka bermain mereka akan lupa dan menyebabkan
mereka terkencing. Ada yang kata mulakan dari 15 minit sekali kemudian setengah
jam sekali dan seterusnya sejam sekali sehingga dia faham.
Setakat ini masih belum ajar Amar keluar rumah tanpa diapers
sebab kami jarang-jarang sangat keluar jalan-jalan pergi pasaraya. Sekadar
pergi kedai dan rumah nenek memang sudah berjaya. Lampin yang ada pun memang
jimat, sebab dipakai waktu malam sahaja.
Ok ada siapa-siapa tahu macam mana nak ajar anak berhenti pakai diapers
100% tak? Hehhe…sebab anak-anak abang aku masih pakai bila tidur malam.
3 comments:
Tahniah Azian.... dah berjaya potty train ammar....
Dansish dah tiga tahun, tapi belum sempat nak potty train.... entah bila la nak mula :(
klu aku ajar zahra poo poo letak bangku untuk dia panjat sendir bangku tandas tu.....senang nnt dia nak poo poo dia gi sendiri..mula2 dulu letak pelapik mangkuk tandas yg kecik siap beli..tp lama2 dia tak suka guna benda tu lari2..zahra takut jatuh..dia guna la tanda mcm org dewasa..
Kak nur,
rasa seronok pula, lagipun kan dah tak kerja ni masa ni la nak ajar sebab kalo duduk rumah nenek kesian pula nenek nak bersihkan rumah
yaati,
aku dudukkan & turunkan dia kat atas tu, setakat ni belum pernah terfikir nak beli mangkuk kecil tu
Post a Comment