Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Monday, March 4

Cita-cita

Assalam...


Sejak kecil semua orang  bertanya pasal cita-cita kita kan…pastinya ada juga antara kita yang mampu mencapai cita-cita yang kita idamkan tu kan. Sayangnya setakat ini cita-cita aku masih belum tercapai lagi.

Masa Kecil

Masa aku kecil aku suka tengok mak potong kain, jahit baju orang dan dapat tengok riak wajah orang bila dapat baju yang ditempah mengikut kehendak mereka. Pernah juga aku curi perca kain untuk buat baju anak patung dan juga teddy bear. Bila main dengan kawan-kawan teddy bear aku je ada baju lain dari yang lain.
Teringat masa sekolah rendah, masa masuk kelas pertama kali dalam darjah satu pastinya cikgu akan bertanya mengenai cita-cita ni. Hehe…masa ni hampir satu kelas akan jawab mahu jadi cikgu, askar, ataupun jururawat.

Bila usia bertambah semakin bijak, ada yang jawab mahu jadi doctor, pensyarah, arkitek atau pun jurutera. Alhamdulillah ada juga antara kami yang Berjaya capai cita-cita tersebut.

Seorang kawan baik sangat berminat mahu menjadi seorang ustazah kerana terpikat dan minat dengan cara pengajaran seorang ustazah di sekolah kami. Menarik kan? Bermula dari sekolah rendah terus ke sekolah menengah berasaskan islam seterusnya matrikulasi dan yang terakhir menyambung pelajaran di UIA. 

Alhamdulillah sekarang menjalankan tugas sebagai seorang ustazah di sekolah di Perak. Maksudnya….bila dia ada impian dia meletakkan seluruh minat dan azamnya hingga berjaya. Ingat senang nak berjaya? Huhu….macam-macam dugaannya. Bukan setakat kawan yang ni je tapi mesti semua orang akan rasa kan perkara yang sama.

Masa remaja.

Bila mengajak usia dan masuk sekolah menengah lain pula impian masing-masing kalau dibandingkan dengan masa sekolah rendah. Haha….memang la kan, sebab masa ni semua sudah tahu apa lebih atau kurangnya sesuatu pekerjaan itu. Takkan sekadar mahu bercita-cita mahu jadi guru biasa, apa salahnya bercita-cita menjadi seorang guru besar pulak. :)

Masa remaja ni aku dengan jiran sebelah rumah yang sebaya kami  pernah menulis sebuah cerpin panjang. Wah.. teruja sangat masa tu, aku baca cerpin dia dan dia baca cerpin aku pula. Seronok sangat tapi cuma satu cerpin  tu je la yang aku tulis. Jiran aku tu aku tak pasti pula berapa banyak cerita yang dia karang.

Masa belajar di politeknik berjumpa dengan berbagai ragam rakan-rakan lagi. Ada yang belajar bukan sebab minat tapi terima dengan apa juga tawaran ketika itu. Haih….kalau ikutkan masa ni la kan kita perlu pilih arah haluan pelajaran kita kan.

Contohnya macam kelas aku kelas pemasaran, sekarang bukan semuanya yang meneruskan kerja dalam bidang pemasaran ni tapi sudah berpecah kepada pelbagai cabang kerja tak kira ada kaitan dengan pemasaran atau tidak. Ada yang jadi guru, tentera dan tak kurang juga suri rumah….aku la tu! Hahahaha

Ok, cita-cita aku masa kecil mahu jadi arkitek tapi bila dapat keputusan PMR yang subjek sains tak berapa baik terus terpaksa batalkan niat mahu masuk sekolah teknik. Walau pun selepas habis SPM masih minat lagi tapi tiada panduan langsung untuk aku rujuk masa tu. Bukan macam pelajar sekarang ni, boleh rujuk dari internet. Masa aku dulu internet ni macam agak terhad sangat. Bila sambung belajar baru kenal internet. Alhamdulillah sekurang-kurangnya tidak terlambat untuk aku kenal internet.

Kerja di syarikat pendawaian elektrik sangat menyeronokkan, selari dengan minat aku sebab masa tu aku perlu sentiasa melihat lukisan pelan rumah/bangunan. Selapas itu dapat berkenalan dengan kakak satu pejabat yang memang ambil bidang lukisan pelan. Sangat seronok melihatnya membuat lukisan pelan bila bos minta. Tapi bila diselidiki itu bukan bidang yang dia impikan. Haha….

Sekarang berminat nak meneruskan semula cita-cita masa kecil lagi pun mak jadi tukang jahit, opah pun tukang jahit termasuk juga arwah moyangku pun menjadi tukang jahit juga. Berkemungkinan minat ini sudah mengalir mengikut darah keturunan agaknya…sebab mak cik aku 2 orang menjadi tukang jahit cuma sepupu aku sahaja yang belum ada tunjukkan minat ni lagi.

Pendek kata bukan semua yang kita cita-cita/impikan menjadi kenyataan. Lagi pun tak semestinya cita-cita kita akan sesuai dengan kita nanti. Yang pasti kita hanya merancang, Allah juga yang menentukan.



 

3 comments:

nurbijen said...

Kalau kena dgn minat, mesti kita suka buat sesuatu kerja :)

pensyarah saya pernah tanya, kenapa saya tak jadi doktor tapi ambil jurusan math? mmg dari kecil nak jadi cikgu math :)

Yaati Nor said...

yan aku penah cita nak bukak butik jahitan tp tak kesampaian..minat tu tetap ada dalam dunia jahitan..mgkn kena belaja lg kot..mgkn blh berniaga ke buka butik juga,,entah la..

Azian & Zaini said...

k nur,
kalau minat semua kerja menjadi kan...

yaati,
mmg berniat nak usahakan bisnes jahit ni, tp tunggu masa yang sesuai dan tgh cr ilmu yg lbh