Alhamdulillah,syukur sangat-sangat sebab bulan ni berpeluang balik kampung lagi. Tapi bukan dengan dear, aku dan anak-anak balik kampung dengan kakak aku. Jadi mahu atau tidak aku akan menjadi pemandu. Mujur anak-anak pun selesa dengan mak ngah mereka. :p
Kami bertolak pagi jumaat, dear balik pagi Khamis dari Pahang dan insyaallah minggu depan akan ke sana semula jika di pilih bos. Hehe...tapi kata dear memang dear nak offer diri pergi sana. Haih....
Kami sampai kampung pukul 2 petang, sedang elok orang kampung baru mahu keluar dari Masjid selepas solat jumaat. Boleh di kira agak laju juga pemanduan aku. Maklum saja kereta agak kurang jadi perjalanan kami pun lancar sehingga ke kampung.
Sepanjang petang di kampung kami semua cuma berbual-bual dan berehat saja. Tambah lagi anak-anak semakin suka bila dapat berjumpa dengan sepupu mereka.
Pagi Sabtu kami pergi pasar tani dan ke Tesco Seri Iskandar untuk mencari sedikit barang dapur untuk mak. Anak-anak pun dapat habuan juga....mainan la apa lagi yang mereka mahu.
Balik kerumah letrik tiada jadi dari bosan kami keluar pergi rumah opah aku yang tak jauh dari rumah. Sesekali menghabiskan masa sambil berbual sangat seronok di tambah dengan keletah 2 orang budak ni.
Semua orang tegur tanda di dahi...kesian Ashraf |
Add caption |
Amar tolong tok man sapu sampah belakang rumah nenek. |
Ashraf yang teruja dapat main dengan pensil warna kak Damia |
Kami bertolak setelah masuk waktu Zohor, takut hujan sebelah petang tapi terpaksa tunggu sebab kakak mahu keretanya dihantar cuci enjin dahulu. Haih.... Mahu atau tidak kami perlu juga redah hujan sepanjang perjalanan balik ke Shah Alam. Kami sampai rumah pukul 5 petang kemudian terus menuju rumah baru abang aku yang bakal pindah sepenuhnya minggu depan. Ha.....kelam kabut juga rumahnya sekarang, insyaallah minggu depan mahu ke sana menolong sedikit apa yang mampu.
Tengoklah Ashraf yang buat aksi comel ditambah dengan tanda jatuh motor mak lang. Haih...bukan motor yang bergerak tapi dah nak jadi terima sajalah kan. :)
No comments:
Post a Comment