Assalam...
Tak sangka sudah masuk 3 tahun Amar hari ini….haih..pejam celik, tau-tau dah 3 tahun sekarang. Huhu..walaupun bermacam dugaan nak membesarkan Amar tapi Alhamdulillah Allah permudahkan dan berikan kami kesabaran.
Amar sudah tinggalkan lampin cuma untuk waktu sedar, maksud aku bila tidur aku akan pakaikan tak kira tidur siang atau pun malam. Tak sanggup nak membersihkan cadar, dan masih awal lagi untuk ajarkan. Yang penting sekarang sudah jimat lebih banyak duit untuk beli lampin.
Bercakap masih belum fasih, masih ada pelat lagi mesti sebab menghisap puting. Haih….1 hal ni yang aku tak tau kenapa susah sangat nak berhentikan dia menghisap puting. Dah buat macam-macam cara….tapi mungkin kami suami isteri tidak sanggup dengar tangisan dia kot. Hehe….
Sekarang Amar dan Ashraf hampir fasih bercakap, nampak mereka bersaing sesama sendiri pula. Ok lak tu kan….beza umur pun setahun jadi memang tak hairan la ye.
Masih menyusu seperti biasa, jenama dumex dan tak pasti lagi sama ada nak tukar bulan depan atau tidak. Tapi dear ada minta aku belikan susu pek kecil untuk Amar (3-6). Insyaallah kalau ok, apa salahnya tukar kan.
Perangai dengan adik memang memeningkan. Cuma ada masa Amar boleh diharapkan, untuk pujuk adik dan tolong adik buat itu ini. Hehe…ini rupanya bila ada anak 2 ni ye.
Paling menekankan pakaian Amar setiap 2 bulan mesti beli baru. Haih…badannya aku tengok tak naik sangat tapi nampak makin tinggi pula. Tu pasal perlu juga beli baju.
Biarpun tiada sambutan meriah semperna hari lahir Amar mama dan ayah sentiasa doakan Amar menjadi anak yang soleh, bijak dan sentiasa menjaga kebajikan keluarga kelak. :)
2 comments:
Happy birthday Amar... moga menjadi anak yang soleh dan selalu membahagiakan mama dan papa :)
Danish pun masih pelat lagi bercakap dan bercakap agak lewat.. tapi bila dah boleh bercakap ni, dia la yg byk pot pet, pot pet.... kadang2 dia yg jadi judge bila abang dan kakak gaduh :)
Suka tgk telatah anak2 membesar depan mata, kan?
tu lah, adiknya lebih petah lagi berbanding Amar sekarang ni...syukur dapat tengok derang membesar depan mata sekrang ni
Post a Comment