Isnin minggu lepas aku hantarkan anak buah ambil BRIM di Bandar Botanik, Klang. Kami keluar rumah pukul 8.00 pagi, sampai sana hampir pukul 8.30 pagi. Huhu...sekali sampai tengok begitu ramai orang rupanya.
Ini tempat anak saudara aku ambil, close up sikit nama pejabatnya.
Nampak dah kan? huhu....semua dari kawasan banting, jenjarom dan sekitarnya datang ambil disini. Kalau ikut kes anak buah aku ni dia dapat surat lambat dari tarikh, lagi satu masalah tarikh ambil sudah lepas bila surat sampai.
Ramai sungguh yang datang, tak mengira bangsa semua kaum ada.
Kami yang kebosanan menunggu dalam kereta sebab duduk diluar pun panas.
Amar tunjukbakat mahu jadi mekanik. |
Main syiling dengan Ashraf |
Mengajar Ashraf mengira menggunakan syiling yang ada. Sekurang-kurangnya masa tidak terbuang begitu sahaja. |
No comments:
Post a Comment