Hampir
setiap hari aku melihat jiran dan juga kakak ipar duduk ramai-ramai berbual
dirumah seorang lagi jiran. Setiap kali
mereka berkumpul setiap kali hati langsung tidak teringin mahu turut serta. Tak
tau kenapa. Bingung juga bila aku tengok mereka boleh berkumpul setiap
petang.
Apa
yang aku pasti aku mengikut jejak emak aku bukan jenis suka duduk kumpul dan
berbual-bual kosong. Aku tahu bukan sekadar berbual kosong tapi sambil itu
dapat tahu maklumat terkini yang dikongsikan bersama jiran-jiran. Maklumat yang
berguna sangat aku alu-alukan tapi kalau sekadar hal jiran yang lain aku
sendiri muak nak dengar.
Bukan
nak kata aku ni baik sangat tapi dari pada aku duduk buang masa berbual atau pun dengar hal-hal orang lebih
baik duduk rumah melayan kerenah anak-anak. Atau pun lebih bagus kalau dapat
masak,kemas rumah atau pun lipat kain kan elok. Malam boleh berehat dan santai
dengan anak-anak dan suami.
Sikap
kita sesama manusia ni memang tidak sama jadi ada orang suka duduk berbual dari masak dirumah. Ini yang tersangat aku
tidak suka. Pernah sekali anak jiran
masuk dalam rumah ketika aku sedang menyuapkan makanan pada anak-anak. Dah nampak
sedang makan jadi suap sekali mulut mereka. Malangnya mak mereka marah, terus
anaknya di ajak balik. Haih….dah maknya duduk berbual memang lah anak-anaknya
lapar. Hahahha…tak de la, kanak-kanak kan memang begitu. Ingat aku dulu masa
kecil-kecil selalu selera makan bila dirumah orang, sangat beza makan di rumah
sendiri.
Pada
aku bukan ada kesan sangat pun kalau aku join atau tidak…yang penting bila
berkumpul dapat mengeratkan hubungan kami dan dapat juga tahu hal semasa yang
berlaku. Tapi masalahnya aku lagi suka duduk dalam rumah layan anak-anak
ataupun menonton tv. Biarlah mereka selesa dengan cara mereka, aku dengan cara
aku.
Hampir 2 tahun aku pindah ke sini cuma 2 kali je kot aku pergi join mereka tapi tak ada apa yang menarik aku rasa...sekadar bual-bual kosong.
No comments:
Post a Comment