Assalam...
Kenapa aku berhenti kerja ek? Tak tahun nak kata mulanya keputusan ini tepat atau tidak tapi bila fikir aku sudah tiada hati lagi mahu kerja di sana kan…lebih baik aku berhenti saja. Dari pada kerja di sana menambahkan kesakitan di hati setiap hari.
Ini antara faktor yang buatkan aku mengukuhkan niat mahu tinggalkan syarikat tu.
Sikap pengurus.
Asalnya aku duduk di bahagian pemasaran yang sememangnya sudah mula menjadi minat aku dan selari dengan bidang yang aku belajar semasa di Politeknik dulu. Cuma setelah 6 bulan tiba-tiba bos besar minta aku ditukarkan untuk membuat kerja di tingkat atas yang lebih kepada sebagai kerani pentadbiran. Semua panggilan masuk dan KELUAR aku akan jaga. Semua panggilan KELUAR adalah perlu direkodkan tau. (ini pengalaman pertama aku kerja yang tidak memberikan kelonggaran kepada staff untuk membuat panggilan). Bukan setakat ini je banyak lagi kekurangan mereka yang aku nampak tapi tak boleh nak memberikan cadangan sebab nanti silap-silap ditendang keluar begitu sahaja. Ini dari pada apa yang aku dengar dari orang yang sudah kerja lebih dari 5 tahun di sana.
Setiap hari masuk pejabat sebelah pagi masih elok tapi bila tiba petang hari mood akan menyinga, pantang ada sesiapa yang buat salah sedikit pun pasti akan menjadi mangsa.
CCTV
Ini pun merimaskan aku, sepanjang masa terikat dengan CCTV. Nak berbual sebentar pun tidak dibenarkan. Katanya datang kerja untuk buat kerja bukan untuk berbual, jadi masa lenggang yang ada silalah buat kerja. Haih….pening juga melayan kerenah bos yang begini.
Bayangkan kalau turun ke bawah cuma hantar barang atau dokumen kemudian terus naik atas. Memang sombong gila la kan namanya, sesekali apa salahnya berbual sekejap bukan lama sangat. Tau-tau je bos intercom minta naik atas buat kerja. Erk....
CCTV ni bukan setakat menjaga keselamatan je tapi pekerja langsung tidak dibenarkan menggunakan internet sesuka hati. Ha....ini yang bos tu sengaja pindahkan aku ke bahagian lain. Katanya tempat aku tiada kerja, lagi rugi.
Kekeluargaan.
Pada aku tiada masalah kalau bos mahu semua yang bekerja dibawahnya adalah bersaudara dengan dia. Cuma yang buat aku tak puas hati dengan sesuka hati dia akan pindahkan orang lain untuk kepentingan saudaranya tu.
Tambahan pula paling aku tidak suka bila hampir di semua bahagian ada orang yang mempunyai hubungan saudara. Eih…tak selesa langsung!
Keagamaan.
Bukan masalah sangat cuma agak tidak berpuas hati sedikit sebab tiada kelonggaran untuk melaksanakan solat asar yang bukan mengambil masa yang lama. Bahkan ada yang kata orang sesama bangsa menjadi mata-mata bos besar. Erk….sangat-sangat tidak suka orang bersikap begini.
Gaji
Eh..keje sini 15 ke 20 tahun pun kan, gaji memang ciput…macam langsung tak mendapat penghargaan je aku tengok. Sebab tu dia rela anak-anak, anak saudara kerja dengan dia. Mengkayakan sesama mereka sahaja.
Bukan berniat mahu memburukkan syarikat ini yang telah memberikan rezeki sepanjang 7/8 bulan disana cuma ini pandangan aku yang sangat-sangat tidak selesa berada di sana.
Jadi untuk kerja akan datang pengalaman kini sentiasa menjadi panduan aku. Hehe...
No comments:
Post a Comment